Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

balik kampung 27 Mei 2017

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu pertama puasa ramadhan 1438 Hijriah. Balik kampung dengan harapan untuk menjenguk kebun kampung yang lama terbiar. Disamping itu, menyambut hari pertama puasa bersama mak dan ayah di kampung. Bendang Balik kampung kali ini dapat juga menjenguk bendang yang disewakan kepada orang kampung. Padi sudah berusia hampir sebulan. Ada kawasan bendang yang kosong tanpa anak padi. Kemungkinan tidak sempat diurus oleh pengusaha bendang ayah kali ini. Anak anak padi boleh lagi dipindahakan kekawasan yang kosong untuk mengelakkan binatang berkubang apabila padi mulai membesar. Disamping itu, kawasan bendang yang kosong tidak akan memberi apa apa hasil. Apakan daya, masa sangat terbatas bagi membantu urusan bendang. Sekurang kurangnya dengan adanya orang mengerjakan bendang ayah, sedikit sebanyak  mengurangkan kerisauan ayah dalam urusan mengerjakan bendang. Terung dan bendi Nampaknya pokok pokok terung habis mati diserang bena putih. Tiada lagi ana

perkembangan kebun perumahan 23 Mei 2017

Imej
Alhamdulillah ada sedikit masa untuk aktiviti berkebun di kawasan perumahan. Beberapa aktiviti yang sudah lama tertangguh berjaya dilaksanakan. Baiki bumbung Bumbung plastik diruang hadapan rumah sudah mulai pecah dan bocor. Apabila berlaku hujan lebat, air akan melimpah ke kawasan parkir jiran. Sudah lama bumbung plastik dibeli untuk dijadikan sebagai ganti. Namun, ruang dan kesempatan tidak ada sebelum ini. Jadi, hujung minggu yang ada diluangkan juga untuk aktiviti membaiki bumbung supaya air hujan tidak lagi melimpah ke rumah jiran. Secara kebetulan, jiran meminjamkan tangga untuk aktiviti membaiki bumbung. Jadi, aktiviti membaiki bumbung menjadi lebih mudah, selamat dan cepat. Masih lagi ada bumbung yang perlu dibaiki, namun cukuplah kali ini bahagian yang kritikal dibaiki dahulu. Satu lagi kawasan bumbung memerlukan bumbung plastik dipotong dahulu kerana pemasangan bukan mengikut saiz standard. Disamping itu, daun daun yang memenuhi "gutter" di buang bagi memast

balik kampung 1 Mei 2017

Imej
Alhamdulillah cuti hari buruh dapat diluangkan di kebun kampung. Diantara aktiviti dapat dilaksanakan setelah tertangguh sekian lama Pindah anak pokok kantan Satu satunya anak benih pokok kantan yang masih hidup telah berjaya dipindahkan keatas tanah di kawasan belakang rumah. Akar pokok kantan sudah memenuhi pasu semaian dan sesuai untuk dipindahkan. Mata tunas baru juga kelihatan keluar dikawasan perdu pokok kantan. InsyaAllah harap harap sebelum akhir tahun ini, pokok bunga kantan akan berbunga. pokok terung yang diserang penyakit alhamdulillah ada sedikit hasil terung Terung Alhamdulillah terung terung sudah mula berbuah dan boleh dituai. Beberapa buah terung berjaya dituai. Namun, terdapat serangan bena putih pada pokok terung yang menyebabkan tumbesaran pokok terbantut. Bena putih ini dijaga oleh semut gatal. Ini mempercepatkan serangan bena ke pokok terung yang ada. Rawatan semburan racun perosak organik akan dicuba kepada bena putih ini. kebun yang k

mencari tiram 29 April 2017

Imej
Alhamdulillah masa yang ada pada pagi sabtu digunakan untuk mencari tiram ketika air surut di Pantai Bersih Butterworth. Tempat mencari tiram ialah di kawasan yang berbatu. Pantai Bersih terdiri daripada dasar berlumpur dan mempunyai kawasan pantai berpasir. Diantara dasar lumpur dan pantar berpasir terdapat kawasan yang mempunyai batu batu. Tiram terdapat pada kawasan berbatu. Bentuk tiram dapat dilihat pada permukaan batu. Hanya saiz yang besar diambil daripada kawasan berbatu. Kira kira 20 tiram berjaya dijumpai selepas hampir sejam mencari tiram. Cara mengambil tiram ialah dengan menggunakan tukul dan juga pahat untuk mencungkil tiram yang melekat kukuh pada permukaan batu. Tiram yang dibawa balik ke rumah dibasuh dengan air bersih untuk membuang pasir. Kemudian tiram distim diatas air yang mendidih untuk dijadikan hidangan. Rasa tiram yang sedikit masih sangat sedap. InsyaAllah akan cuba mencari lagi tiram pada ditempat lain pula. Disamping tiram, terdapat juga