Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

tuaian kebun pisang akhir oktober 2017

Imej
Alhamdulillah dapat juga balik ke kampung ziarah emak dan ayah di kampung. Disamping itu, dapat juga melawat kebun pisang yang baru habis dilanda banjir. Banjir akhir september lalu berlaku lagi pada bulan Oktober. Banyak anak anak pokok yang tidak berjaya bertahan pada banjir kali kedua kerana kekerapan banjir yang berlaku terlalu cepat. Banyak juga pokok pisang turut menjadi layu dan diserang penyakit. Tuaian pisang kali ini tidak sebanyak tuaian sebelum ini. Diantara perkara yang berlaku ialah pisang pisang yang sepatutnya dituai sudah dikebas orang. Geram juga melihat hasil titik peluh habis dikebas orang. Tuaian kali ini ialah dari jenis pisang awak dan pisang nangka. Pisang yang hampir hampir masak diambil walaupun sepatutnya boleh dibiarkan dahulu. Terdapat pokok pisang yang terletak bersebelahan jalan besar. Namun, buah belum betul betul sesuai untuk dituai. Jangkaan lebih kurang tiga minggu lagi. Jika ada rezeki, maka dapatlah dituai sebelum dikebas orang. I

percubaan pertama membuat kerepek pisang

Imej
Alhamdulillah ada sedikit hasil daripada kebun pisang di kampung. Pisang yang dituai ialah dari jenis pisang awak dan pisang nangka. Pisang nangka sesuai dijadikan kerepek. Kebanyakan orang kampung lebih suka menanam pisang awak. Jarang sekali pisang nangka di kampung saya. Malah, emak saya sendiri tidak begitu arif dengan apa yang patut dibuat dengan pisang nangka. Setelah meniliti beberapa perkongsian didalam facebook. Nampaknya pisang nangka tidak dimakan secara mentah ataupun dijadikan pisang goreng. Sebaliknya dijadikan kerepek pisang ataupun dibuat kuih. Pisang nangka mempunyai kandungan kanji yang banyak dan berasa tawar. Jadi, pisang nangka yang dituai cuba diolah menjadi kerepek pisang. Disebabkan tiada alatan sesuai untuk meracik pisang nangka. Pisau dapur digunakan untuk menghiris pisang nangka yang dikupas senipis mungkin. Pisang yang dihiris digoreng didalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan. Sedap juga kerepek pisang yang dihasilkan sendiri

tuaian cili padi

Imej
Alhamdulillah, tuaian cili padi kali ini begitu meriah, hampir separuh beg plastik kecik penuh dengan cili padi. Walaupun warna cili padi ini hanya hijau muda ketika muda, namun rasanya pedas dan perlu dimakan dalam kuantiti yang minima sahaja. Buah yang hampir masak menjadi warna kuning dan oren sebelum bertukar menjadi warna merah apabila masak. Jika buah tidak dikutip, pokok cili padi kelihatan berwarna warni dengan pelbagai fasa buah dihujung hujung tangkai pokok. Pembajaan pokok cili padi dilakukan setiap kali selepas tuaian. Baja organik pokok kopi digunakan untuk membantu pokok berbuah lagi. Selain itu, baja dari hasil kompos juga ditambah. Selain pembajaan, penyiraman perlu dilakukan dengan kerap. Ini dapat dilakukan dengan penggunaan peranti penyiraman automatik. Pokok cili padi disiram pada waktu pagi dan petang selama 5 minit menggunakan sistem paip titisan. Pokok yang ditanam sudah berusia lebih setahun dan hasilnya semakin baik. Harap harap pokok akan memberi

kebun kampung pasca banjir 30 September 2017

Alhamdulillah banjir mulai surut selepas beberapa hari banjir melanda kampung. Air banjir yang mengenangi kawasan sekeliling rumah menyebabkan korban kepada tanaman yang sensitif kepada situasi terendam didalam air untuk tempoh yang lama. Pokok pokok yang ditanam Pokok cabai yang ditanam turut mati kerana akar terendam lama didalam air banjir. Rumput rumput turut mati akibat terlalu lama terendam didalam air. Banjir kali ini juga menyebabkan rumpun serai yang sedia dituai habis terendam didalam air. Tidak pasti samaada masih boleh diselamatkan. Bendi yang berusia lebih kurang sebulan habis mati. InsyaAllah akan menyemai benih yang baru. Perancangan semasa minggu banjir yang lepas untuk menuai pisang terpaksa ditangguhkan kepada minggu pasca banjir. Alhamdulillah hampir 20 tandan pisang berjaya dituai dari kebun. Hampir 2 jam diperlukan untuk mengenalpasti pisang yang hendak dituai dan ditebang. Pisang yang dituai diambil untuk kegunaan sendiri dan selebihnya ditolak kepada pemborong