Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel september 2014

balik kampung 27 September 2014

Imej
Alhamdulillah, dapat balik kampung lagi minggu ini. Tidak banyak aktiviti yang dilakukan kerana jadual padat. Pokok timun sedang membesar, cuma tidaklah begitu menarik tumbesarannya. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan baja pada peringkat awal pertumbuhan. Minggu depan, akan cuti hari raya aidil adha. InsyaAllah akan digunakan sebaiknya untuk aktiviti kebunkampung. Diantara perancangan hujung minggu ini. 1. Siapkan bekas kompos Bekas tangki air lama akan dijadikan sebagai tempat untuk kompos di kampung. 2. Buat tempat menanam labu Beberapa tempat menanam labu sudah dikenal pasti. Sebanyak mungkin labu akan disemai dan harap harap ada yang akan membesar dan berbuah. 3. Pembajaan terung dan timun. Timun dan terung perlukan lebih banyak pembajaan. 4. Memancing Jika berkesempatan, waktu petang akan digunakan untuk memancing ikan didalam bendang. 5. Tanam daun kesum, pokok pandan dan bunga kantan. Kawasan berhampiran parit dan lembap sesuai untuk ditanam dengan ...

balik kampung 21 September 2014

Imej
Alhamdulillah, dapat balik kampung minggu lepas, Antara aktiviti minggu ini Peria Daun pokok peria habis diratah siput. Nampaknya, mungkin terpaksa menyemai lagi benih peria. Mungkin kali ini peria akan dibiarkan merimbun didalam bekas polibeg sebelum dipindahkan ke tapak semaian. Petola bantal Alhamdulillah petola bantal semaking membesar dan sudah memanjat ke atas pokok besar. InsyaAllah akan dapat merasa buah petola dalam sebulan dua lagi. Markisa Alhamdulillah, markisa sudah mengeluarkan buah buah. InsyaAllah akan cuba diberi baja supaya lebih banyak berbuah. Terung Terung sarawak sudah mula lekat buah. Hanya sepokok terung sarawak yang hidup. Manakala terung terung varieti lain perlu dibaja supaya lebih banyak berbuah. Survey tempat untuk tanam labu Anak benih labu akan di semai dibeberapa tempat berpotensi. Harus dielakkan daripada ditanam dikawasan yang rendah dan selalu ditakung air. Memancing Waktu singkat sebelum balik semula ke Pulau ...

balik kampung 6 September 2014

Alhamdulillah, dapat balik ke kampung minggu lepas tengok mak dan ayah di kampung. Padi sudah diambil dan adalah sedikit masa mak dan ayah untuk berjalan jalan sementara menunggu musim penanaman padi yang baru. Masa begitu singkat kali ini di kampung. Tak sempat hendak menjenguk jauh di dalam kampung. Antara aktiviti kali ini. Perkembangan kebun kampung Terung varieti lonjong sedia untuk dituai, rasanya sudah terjadi kacukan benih benih terung yang disemai sebelum ini. Buah dibiarkan dahulu dipokok. Peria dan timun yang disemai minggu lepas nampaknya masih bertahan. Harap harap akan terus membesar. Haruan masak pindang Alhamdulilah mak masak haruan yang dipancing beberapa bulan lepas. Rupa rupanya haruan ini ada telur. Jadi bolehlah mencari lagi ikan haruan dan ikan darat yang lain kerana sekarang musim menuai padi. InsyaAllah akan balik kampung lagi dalam seminggu dua lagi untuk projek kebun kampung.

perkembangan semain labu, 8 Sep 2014

Imej
Alhamdulillah semaian benih labu kali ini berjaya. Benih labu dari vareiti kulit hijau disemai didalam kompos Freepeat. Selepas seminggu semaian, benih mulai bercambah. Cambahan tidak serentak. Ada yang bercambah selepas beberapa hari. Jadi pelbagai peringkat pertumbuhan dapat dirakam. Kini selepas hampir seminggu, daun sebenar labu sudah mula keluar. Jadi perlu di pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar. Jika perancangan menjadi, benih benih ini akan di bawa balik ke kampung. Dengan ruang yang besar, insyaAllah akan merasa hasil daripada labu pula.