Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel padi

balik kampung akhir Julai 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini Padi Padi sudah mula di tuai dikawasan kampung. Air bendang sudah mula dilepaskan kerana padi sudah mulai menguning dan masak. Jentera menuai padi sudah mulai kelihatan di petak petang sawah. Hasil pak tani mengerjakan sawah selama lebih kurang tiga bulan setengah akhirnya dapat dituai. Seperti kebiasaan hasil tidak menentu bergantung kepada pelbagai keadaan. Harap harap tuaian padi kali ini memberansangkan. Pisang Pisang yang ditanam dituai dan dibawa balik ke Pulau Pinang. Sebahagian lagi disedekahkan kepada jiran dan keluarga sekampung. Ada juga tandan yang sudah habis dimakan burung. InsyaAllah jadi sebahagian pahala sedekah walaupun tidak dapat merasai. Terdapat juga tandan yang akan masak dalam masa beberap minggu lagi. Harap harap dapat menuai kerana tandan terletak berhampiran jalan raya. Bendi Benih bendi yang ditanam dikebun pisang sudah ada yang masak. Jadi, biji benih diambil dan disemai ke tempat baru berhamp...

balik kampung 14 Januari 2017

Alhamdulillah dapat balik kampung pada 14 Januari 2017. Cuaca tidak mementu kebelakangan ini. Seminggu sebelum balik ke kampung, hujan lebat terjadi dan banjir melanda kawasan kampung. Pada minggu ini pula, cuaca kering dan hampir seminggu tidak hujan. Padi Padi sudah mula dituai dikawasan sekitar gunung keriang. Bendang ayah masih belum dituai. Mungkin seminggu lagi sudah sesuai untuk dituai. Suasana bendang pada ketika ini sangat cantik sebelum padi dituai. Benih benih terung Benih benih yang ditanam banyak yang mati ketika banjir melanda. Malah benih terung yang dibeli dari pasar malam juga habis luruh daun akibat terendam didalam air banjir. Harap harap tunas baru akan keluar. Nampaknya bulan ini perlu menyemai lebih banyak benih. Petola bantal Alhamdulillah dapat menuai terung bantal buat kali pertama tahun ini. Buahnya sudah berserat, namun masih boleh digunakan. Buah jambu air Buah jambu air sudah mula berbuah dengan lebat. Sedap dimakan sahaja ataupun dicicah dengan garam belac...

perkembangan tanaman padi

Imej
Alhamdulillah, musim penanaman padi sudah masuk ke bulan akhir penanaman. Padi sudah besar dan akan mulai bunting dan berbunga. Buat masa ini, paras air didalam bendang perlu dijaga. Batas bendang perlu dipastikan tidak bocor dan pintu air dipastikan tertutup jika tidak digunakan pesawah lain. Ayah sudah banyak mengupah kerja kerja mengurus bendang seperti menabur baja dan meracun bendang. InsyaAllah jika ada masa lagi, akan cuba memotong rumput di batas bendang supaya senang melihat batas bendang yang bocor. Buat masa ini, batas bendang diracun supaya rumput lambat tumpuh.

balik kampung 15 Mei 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi. Musim hujan kali ini membawa ribut disamping hujan yang diperlukan petani untuk memulakan penanaman padi yang baru. Tuaian terung masih berlangsung. Ribut petang ahad Petang ahad menyaksikan ribut ketika waktu hampir maghrib. Angin beserta ribut petir melanda kawasan sekitar Alor Setar. Pokok mempelam dibelakang kampung tumbang menghempan reban ayam Pak Teh. Nasib baik ayam dan itik terselamat. Semai anak benih padi Anak benih padi yang akan disemai di bendang perlu direndam semalaman didalam kampit padi yang dibekalkan. Kemudian, kampit benih diangkat dan dibiarkan dikawasan kering semalaman. Benih akan mula bercambah dan sedia digunakan. Jadi, proses menyediakan benih padi untuk disemai memerlukan masa sekurang kurangnya dua hari. Bendang perlu dikeringkan sebelum benih disemai. Petani akan meracun dahulu bendang dengan racun siput gondang bagi membunuh perosak yang akan memakan anak benih padi. Kesannya anak anak ikan yang mudik kedala...