Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

perkembangan kebun perumahan 27 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan lagi pada minggu ini. Hanya sekadar 30 minit diluangkan untuk mengurus kebun perumahan. Masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Cukuplah dengan menguruskan secara sedikit demi sedikit. Diantara perkara yang dapat diselesaikan pagi ini Pangkas petola bantal Pokok petola bantal dipangkas sedikit kerana sudah semakin tua dan berserabut. Kesian juga melihat lebah lebah tukang yang datang mencari bunga petola bantal, namun pokok petola bantal sudah tiada bunga lagi pada masa ini. Pangkas pokok mulberi Pokok mulberi dipangkas untuk menggalakkan penghasilan pucuk baru. Disamping itu, permukaan pasu disungkup dengan daun petola bantal untuk mengurangkan penyejatan dan menjadikan tanah lebih lembap. Semai timun Dua vareiti timun yang dibeli online akan dicuba. Vareiti ini dari negara beriklim sederhana. Harap harap akan berjaya dicambahkan. Tambah kompos pada pokok terung Pokok terung dan cili ditambah dengan kompos yang masih ban

kepuasan masak sendiri di rumah

Alhamdulillah, setakat ini dapat konsisten masak dirumah. Lebih jimat dan yakin dengan kebersihan dan kualiti makanan. Disamping itu rasa lebih selesa bersembang dan makan. Dengan masak di rumah, kos makan dapat dikurangkan sehingga separuh Diantara tips yang boleh dikongsi kali ini. Masak yang mudah Masaklah sesuatu yang mudah disiapkan. Tempoh memasak tidak seharusnya lama. Cukup sekadar 30-45 minit. Makanan yang bergoreng memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan dan menggunakan banyak minyak yang akan dibuang sahaja nanti. Jadi boleh cuba alternatif masakan stim dan masakan kuah. Masak yang ringkas Cukuplah masakan yang ringkas dengan menggunakan apa yang ada dirumah. Jangan bazirkan makanan semalam yang masih elok. Panaskan makanan dengan baik untuk mengelakkan makanan basi. Sediakan awal bahan bahan Sambal dapat disediakan awal untuk mengurangkan masa penyediaan bahan bahan yang sering digunakan. Pada peringkat awal, mungkin akan berlaku pembaziran seperti terlebih masak na

perkembangan kebun perumahan 25 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah dapat mengurus kebun perumahan sedikit dengan masa yang ada. Hujung minggu ini agak suntuk masa kerana banyak digunakan untuk berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Banyak masa dihabiskan didalam kereta dan kurang waktu rehat. Pada hari ahad, dapatlah menggunakan sedikit masa yang terluang untuk beberapa aktiviti. Bersih laman rumah Pokok petola bantal yang semakin tidak sihat dan terung hijau yang sudah mati dipangkas. InsyaAllah pasu terung hijau akan direhatkan sebelum ditanam semula. Penyediaan pasu untuk semaikan baru Pasu pasu yang tidak digunakan akan diisi dengan tanah untuk memulakan semaian baru tanaman seperti lobak merah, kacang panjang dan timun. Perkembangan terung Pokok terung panjang dan terung bulat kini semakin membesar. Aktiviti menyiram dan pembajaan harus dijaga untuk memastikan pokok menghasilkan buah dengan baik. Memancing sedikit masa diluangkan untuk memancing di kawasan tali air berdekatan perumahan. Namun tidak ada

benih benih baru untuk dicuba

Alhamdulillah pesanan benih benih baru dari pembekal benih online sudah diterima. InsyAllah akan cuba mencambahkan benih untuk melihat peratus percambahan. Antara benih baru yang hendak dicuba ialah petola ular, kacang panjang ular dan benih tomato king kong. Benih salad juga akan cuba untuk dicambahkan kerana setakat ini tidak pernah bercambah setelah berkali kali percubaan.

perkembangan kebun perumahan 22 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah, hari ini dapat menjenguk kebun perumahan sebelum pergi kerja. Selalunya masa lewat malam dan awal pagi digunakan untuk menguruskan kebun perumahan. Banyak lagi perkara yang perlu dibuat seperti menggantikan bumbung lutsinar yang sudah pecah. Cuaca beberapa hari ini tidak menentu dengan beberapa hari sangat panas terik. Keadaan ini menyebabkan pokok yang disiram cepat layu. Jadi, kebun perumahan sentiasa perlukan perhatian terutama aktiviti menyiram. Diantara perkembangan terbaru.  Tuaian cabai solok Alhamdulillah tuaian cabai solok dari pokok baru. Bagaimanapun, apabila diamati terdapat ulat didalam cili solok. Tanaman diperumaha dibiarkan bebas dari penggunaan racun perosak sejak beberapa tahun. Kadang kadang terfikir berapa banyak racun perosak yang digunakan bagi mendapatkan buah cili yang cantik dan berkilat pada ladang ladang komersial. Buah tin Buah pokok tin semakin membesar dan menarik perhatian semut semut. Harap harap akan dapat di

projek tanaman dalam bekas minuman

InsyaAllah akan cuba merealisasikan impian projek tanaman dalam bekas minuman. Usaha ini sebagai satu eksperimen. Keadaan persekitaran di tempat tinggal sangat sesuai untuk penananam sayuran jenih daun seperti sawi dan salad. Kemungkinan akan digantung pada besi tingkap. Air basuhan beras akan dijadikan sebagai bahan utama. Kompos dari sisa sayuran akan cuba dibuat. Cacing akan cuba dimasukkan bersama untuk mempercepatkan proses penguraian sisa sayuran. Selain itu, beberapa ekor ikan keli lagi juga akan cuba dibela. Sisa dari perut ikan dan lebihan makanan akan dijadikan sebagai makanan disamping dedak ikan.

balik kampung 16 Jun 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik ke kampung minggu ini. Minggu ini dapat singgah di rumah Tuk Timah sebelum balik ke rumah emak. Diantara perkara yang dibuat pada minggu ini ialah menebas kampung dan memancing. Masa berjalan dengan pantas minggu demi minggu. Harap harap akan ada lebih banyak masa untuk mengurus kampung. Namun, buat masa ini, ruang masa yang terhad akan cuba digunakan sebaiknya untuk menjenguk mak dan ayah dikampung disamping melakukan aktiviti aktiviti yang lain. Menebas kampung Kawasan belakang rumah agak semak kerana terdapat pokok mempelam yang tumbang. Jadi dahan dan ranting pokok mempelam yang tumbang di potong dan dikumpulkan untuk dibakar. Dibelakang kampung juga, terdapat aktiviti mengorek dan membuat terusan sungai yang sedang giat beroperasi. Jiran dibelakang rumah sudahpun berbindah. Lori lori tanah berkerja pagi sehingga lewat petang mengangkut tanah tanah bendang untuk dijadikan terusan. Ziarah tuk timah Alhamdulillah ziarah rumah tuk timah kali ini pulang d

projek kebun bulan Jun 2015

InsyaAllah ada beberapa projek kebun perumahan dan kebun kampung untuk bulan jun 2015 Diantaranya 1. Automasi penyiraman dan beri makan ikan InsyaAllah projek automasi akan bermula. Dua perkara utama akan cuba diselesaikan 2. Projek sayur kebun kampung Keadan cuaca yang kerap hujan dan tanah yang lembap sekarang sangat sesuain untuk memulakan penanaman sayur di kebun kampung. Tanaman utama yang akan diusahakan ialah labu, jagung dan kekacang. 3. Bersih kolam ikan Kolam ikan didepan rumah kampung sudah dipenuhi oleh rumput rumpai. InsyaAllah akan cuba dibersihkan dan ditambah dengan stok ikan yang baru seperti ikan tilapia. 4. Projek ayam untuk ramadhan Beberapa ekor ayam akan dibela untuk dijadikan lauk semasa bulan ramadhan. InsyaAllah akan cuba jayakan projek projek diatas

tuaian hujung minggu, 16 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah dapat membuat kerja kerja bersih kebun perumahan sebelum balik ke kampung. Minggu ini dapat menuai buah petola bantal dan dua biji cabai solok. Buah dibawa balik ke kampung untuk dijadikan hidangan. Buah petola bantal pada 5 Mei 2015 tuaian pada 16 Mei 2015

perkembangan kebun perumahan, cambahan terung telunjuk

Imej
Alhamdulillah terung telunjuk yang dibiarkan didalam bekas telah bercambah sendiri. Buah terung yang dipetik beberapa minggu lepas telah terkena air hujan. Akhirnya buat terung telunjuk bercambah. InsyaAllah anak benih akan diasingkan dan dibesarkan sehingga ketinggian sejengkal sebelum dipindahkan ditempat yang sesuai.

balik kampung 9 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung pada minggu lepas. Jadual kelas masih seperti biasa bermula pagi sehingga petang. Cuaca sekarang sangat baik untuk aktiviti berkebun kerana hampir setiap hari hujan turun. Diantara aktiviti di kampung minggu lepas. Bersih kebun dan meracun petak sawah Kebun di kawasan kampung dipenuhi dengan semak samun dan rumput panjang. Jadi, ayah telah rancang untuk meracun sejak beberapa minggu lepas lagi. Waktu musim hujan ini, rumput rampai tumbuh dengan rancak sekali. Jika tidak diracun, petak sawah dan kebun akan dipenuhi anak benih padi angin dan rumput. Alternatif lain seperti menebas akan cuba dilakukan untuk mengurangkan penggunaan racun rumpai pada masa hadapan. Jika masih ada ternakan lembu seperti dulu, tentu kurang aktiviti meracun di kampung. Memancing Alhamdulillah dapat memancing lagi pada minggu ini. Kali ini haruan besar yang memakan umpan. Namun sayang sekali ikan haruan terlepas dari tempat kurungan pada waktu malam. InsyaAllah aka

perkembangan kebun perumahan 12 Mei 2015, pokok tin, bunga tongkeng

Imej
Alhamdulillah beberapa perkembangan baru kebun perumahan yang menggembirakan. Pokok tin berbuah Pokok tin dari vareiti BTM yang dibeli berbulan bulan yang lalu sudah mula mengeluarkan putik buah. Lama betul hendak menunggu putik buah keluar. Kulit pisang ditambah didalam pasu sebagai baja untuk menggalakkan lagi penghasil putik buah. Vareiti lain masih lagi belum berbuah, harap harap akan berbuah juga dalam masa terdekat. Pokok bunga tongkeng Pokok bunga tongkeng yang dibeli dari nurseri kini sudah hampir mencapai ketinggian dua meter. Pancang buluh digunakan untuk membolehkan pokok bunga tongkeng menjalar. Semoga akan ada putik bunga terhasil dalam masa yang terdekat. Pokok lada hitam Pokok lada hitam yang dibeli dahulu kini mula mengeluarkan daun baru. Sebelum ini langsung tiada daun pada ranting lada hitam. InsyaAllah akan dipindahkan ke pasu yang lebih sesuai dan tempat yang lebih terdedah Pokok petola bantal Pokok petola bantal diserang oleh serangga peros

perkembangan kebun perumahan minggu lepas, 4 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah beberapa aktiviti dapat dilakukan di kebun perumahan pada minggu lepas sempena cuti hari wesak yang jatuh pada hari isnin. Walaupun agak keberatan meninggalkan kebun di kampung, namun kebun perumahan juga perlu diberi perhatian supaya kemas. Diantara perkembangan terbaru: 1. Bersih sangkar arnab Arnab arnab yang ada di rumah taman sudah diberikan kepada pemilik yang baru. Kekangan masa menyukarkan penjagaan arnab. Tinja arnab yang masih ada dikumpulkan untuk dijadikan kompos. 2. Tomato ceri Tomato ceri yang banyak berbuah telah lewat dituai. Akibatnya buat menjadi terlalu ranum dan pecah. Buah buah yang rosak dijadikan makanan ikan kaloi yang sedia menanti. 3. Petola bantal/ Petola pulut Petola bantal akhirnya sudah lekat buah dan sedang membesar. InsyaAllah akan dapat menuai pada hujung minggu ini. 4. Semaian salad Nampaknya semaian salad tidak bercambah walaupun mengguna medium tanaman yang baik. InsyaAllah akan mencari benih yang lebih sesuai.

balik kampung cuti 2 Mei 2015

Imej
Alhamdulillah dapat balik kampung awal bulan Mei 2015. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Tempoh pengajian bagi semester ini semakin sampai ke penghujungnya. Harap harap akan ada lebih banyak masa menjelang bulan ramadhan. Bang Tam sekeluarga pulang bercuti dari Kuala Lumpur. Anak anak saudara menghabiskan masa menjelajah segala perosok kampung. Diantara aktiviti kegemaran mereka ialah memancing dan mengejar ayam. Musim buah mempelam sekarang menyebabkan banyak buah mempelam dapat dituai. Alhamdulillah banyak rezeki yang boleh dikongsi dengan sanak saudara, jiran dan rakan rakan yang mengunjungi kampung. Antara catatan balik kampung minggu ini Bersih kampung Alhamdulillah dapat membersih kampung dan meneruskan projek menanam anak pokok pisang. Pisang jenis awak dipilih kerana sesuai untuk tanah liat, permintaan yang tinggi, tahan penyakit dan tahan banjir. InsyaAllah akan meneruskan projek menanam di kampung dengan jagung, timun, petola, labu dan kekacang.