Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ogos 2015

perkembangan kebun perumahan 31 Ogos 2015

Alhamdulillah pada penghujung bulan Ogos, masih dapat melakukan beberapa aktiviti di kebun perumahan. Semai benih baru Benih terung panjang hibrid, tomato beefsteak, timun batu, kucai dan kangkung disemai. Harap harap akan tumbuh didalam masa terdekat insyaAllah Ubah semaian Semaian terung telunjuk dipindah ke pasu hadapan rumah. Mudah mudahan akan membesar dengan baik. Tuaian ulam Alhamdulillah ulam ulaman dapat dituai untuk dijadikan makan tengah hari seperti ulam lemak ketam, daun kaduk, pucuk ulam raja dan bebuas. Perancangan untuk memancing dihujung minggu juga ditangguh dahulu kerana kekangan masa. Perancangan membaiki bumbung masih lagi tergendala. Selain itu, beberapa pokok dan semaian akan dibawa pulang ke kampung untuk mengurangkan jumlah tanaman di kebun perumahan.

perancangan hujung minggu akhir Ogos 2015

InsyaAllah jika berkesempatan beberapa kerja kebun perumahan akan dilaksanakan. Susulan daripada kerja pembersihan yang dilakukan oleh isteri supaya ruang rumah nampak kemas. 1. Semai benih sayuran daun InsyaAllah akan semai benih sayuran seperti salad, kobis dan kangkung 2. Pangkas pokok Beberapa pokok seperti petola bantal, 3. Cari kangkung untuk ikan kaloi Sudah lama ikan kaloi tidak merasa kangkong. InsyaAllah akan cuba cari kangkung liar ditepian sungai. 4. Tut pokok limau purut Pokok limau purut akan cuba ditut supaya dapat menghasilkan pokok baru.

balik kampung 22 Ogos 2015

Alhamdulillah sempat balik ke kampung untuk menjenguk mak dan ayah serta keadaan kampung. Waktu masih lagi terhad, untuk hujung minggu ini sahaja, hampir 400 kilometer perjalanan menggunakan kereta ditempuh. Cabaran agak tinggi kerana memandu berseorangan, memandu pada awal pagi dan memandu didalam keadaan badan yang letih. Diantara perkembangan kebun perumahan Semaian rawak benih ulam raja Benih ulam raja yang dikumpul dibawa balik dan di tabur sepanjang pagar yang banyak mendapat cahaya matahari. Semaian kacang panjang dan timun Semaian kacang panjang dan timun tidak bernasih baik kerana terkena racun rumpai. Habis mati benih benih yang berusia beberapa minggu. Buah sulung dari timun juga tidak kesampaian untuk dituai. Cabai solok Pokok cabai solok hanya tinggal dua pokok setelah satu pokok mati. Apabila diselidiki, siput babi sudah memakan batang pokok cabai solok. Tenggek burung Ulaman tenggek burung nampaknya semakin merimpun. InsyaAllah akan petik pucuk pucuk yang masih muda. Me...