Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tanah

Campuran tanah untuk pasu

Imej
Alhamdulillah dapat membuat persediaan tanah untuk tanaman baru hujung minggu. Campuran tanah yang digunakan ialah dua bungkus tanah top soil dan satu tanah kompos. Enzim bokashi boleh juga ditambah sekali untuk menggalak penbiakan bakteria baik. Tanah digaul didalam bekas hidroponik lama. Lebih mudah untuk digaul dan tidak bersepah.

tanah kosong tepi sungai

kebetulan sungai di tanah kampung baru sahaja di perdalamkan dengan jentera pengorek oleh pihak Mada. Tanah selut dari dasar sungai dilonggok dan diratakan disepanjang tebing sungai. Penduduk kampung memang tidak menanam tanaman kekal ditebing sungai kerana tahu kerja mengorek sungai dilakukan secara berkala. kebiasaannya ditanam dengan tanaman tidak kekal seperti pisang dan ubi kayu. Dalam perancangan, kemungkinan akan menanam ubi kayu sahaja sebab sudah banyak pisang yang ditanam. Penjagaan pun kurang diperlukan. Jadi lebih sesuai dengan masa yang ada dan fokus kepada tanaman padi.