Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari raya korban

balik kampung raya haji 2016

Imej
Alhamdulillah hampir seminggu bercuti raya haji di kampung pada tahun ini. Diantara aktiviti Kenduri akikah Beberapa kenduri akikah bagi menyambut kelahiran anak anak sepupu. Alhamdulillah majlis berlansung dengan lancar dan meriah. Dapat bertemu dengan sanak saudara dan bertanya khabar. Bakar jerami Jerami yang terhasil selepas padi dituai perlu dibakar untuk memudahkan proses membajak sawah. Hanya jerami yang kering dapat dibakar. Jadi pembakaran jerami bergantung kepada keadaan cuaca. Jika hari hujan apabila padi dituai, jerami tidak dapat dibakar. Pembakaran jerami biasanya dilakukan pada waktu petang. Teknik pembakaran perlu melihat kepada arah angin supaya tidak terperangkap dalam asap dan haba dari pembakaran jerami. Pembakaran jerami juga memusnahkan tempat perosak  seperti tikus yang suka bersembunyi dibawah jerami. Bersih sekitar rumah Rumput rumput yang panjang disekitar rumah dipotong supaya laman nampak lebih kemas. Memancing Alhamdulillah, ada sedikit reze...

hari raya korban 1436H dan balik kampung 24 September 2015

Imej
Alhamdulillah hari raya korban tahun ini disambut sederhana. Hari Raya pertama dipenuhkan dengan solat sunat aidil adha di Pulau Pinang, sebelum makan kenduri di Baling dan pulang ke Alor Setar. Suasana kenduri hari raya korban di Baling sangat meriah dengan makanan seperti sup daging cicah air asam dan kerabu pucuk paku. Didalam perjalan balik ke Alor Setar, kami sempat berhenti di Lata Mengkuang, Sik. Keadaan masih lagi baik untuk berkelah dengan air yang masih jernih dan dingin. Cuma keadaan tandas tidak terjaga kerana tiada bekalan air paip ke tandas. Masa di kampung dihabiskan dengan aktiviti kenduri, mencuci parit, merobohkan bangsal lama, memancing dan melayan anak saudara yang balik beraya di kampung. Beberapa benih pokok dibawa balik ke kampung untuk ditanam seperti cabai solok dan ulam raja. Disamping itu, sempat juga mengikuti aktiviti gotong royong korban yang dirancang walaupun perlu berulang alik ke Pulau Pinang dari Alor Setar. InsyaAllah akan cuba bali...

Hari raya korban 6 Nov 2011

Imej
Alhamdulillah hari raya korban kali ini berlangsung baik Hari pertama, mak dan ayah pi beraya di rumah Wan/ Ana di Perlis. Harisin baca doa sebelum makan malam  korban di Mergong ramai ramai bergambar berlatar belakang sawah di rumah Wan, Perlis Luqman dan Akbar di pagi raya makan makan di pagi raya Hujan masih turun, tapi air belum menunjukkan tanda hendak banjir.