Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

perkembangan kebun perumahan 29 September 2016

Imej
Musim hujan
Minggu ini hujan turun hampir setiap hari. Jadi aktiviti menyiram tidak perlu dilakukan. Sayur bayam pula semakin gemuk dan sudah sesuai untuk dituai. Tanaman bayam tidak menggunakan baja kimia dan juga racun perosak.



Semaian biji benih
Biji benih kekacang nampaknya sudah tidak boleh digunakan lagi. Benih yang disemai menjadi rosak dan lembut. Paket lain biji benih disemai. Harap harap masih lagi bernas.

Beberapa semaian herba juga dibuat memandangkan biji benih mungkin sudah tamat tempoh. Sekurang kurangnya mungkin ada benih yang masih bernas.



Cabai
Cabai yang tumbuh dan berbuah nampaknya dari jenis cili padi. Jadi benih benih baru cili dari vareiti lain akan cuba disemai secepat mungkin.

Kangkung

InsyaAllah akan cuba mendapatkan hasil kangkung dengan cara alternatif. Batang batang kangkung akan diambil di tepi sungai dan dibawa balik untuk dijadikan makanan ikan kaloi. Setelah ikan kaloi menghabiskan daun daun kangkung. Batang akan dikeluarkan daripada kolam untuk ditanam. …

semaian benih baru

Stok stok benih lama yang masih ada disemai untuk melihat peratus percambahan

Tiga vareiti benih terung dan satu benih kobis dicambah. Cuaca musim hujan sekarang sesuai untuk mencambahkan biji benih. Jika dilihat pada label benih kobis, tarikh luput benih masih lagi ada beberapa bulan. Harap harap benih akan bercambah.

Pokok ulam akan cuba ditut untuk menghasilkan lebih banyak anak benih. Induk pokok akan dipindahkan ke kampung kerana semakin membesar dan tidak lagi sesuai untuk pertumbuhan di kebun perumahan.

Tut pokok tin pula sudah sedia untuk dipotong kerana sudah nampak akar didalam plastik medium tut. Pemindahan ke polibeg harus dilakukan segera sebelum medium tut menjadi kering dan akar didalam medium tut mati.

perkembangan kebun perumahan 27 September 2016

Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan pada minggu ini

Cili
Pokok cili yang berusia hampir tiga bulan sudah mulai berbunga. Harap harap cili yang terhasil ialah dari jenis cili solok. Sementara itu, beberapa semaian cili sebelum ini tidak bercambah. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi stok benih cili yang ada.

Terung
Anak terung telunjuk yang baru bercambah dipindahkan kedalam pasu diluar rumah. Sebelum ini pasu tersebut terdapat anak pokok timun mini. Namun, anak pokok timun mini tiba tiba hilang daripada pasu tanpa sebarang tanda tanda dimakan perosak.

Bayam
Bayam bulat yang tumbuh sendiri hasil daripada biji benih pokok bayam yang disemai sebelum ini. InsyaAllah akan dapat dituai didalam masa seminggu lagi.

Mulberi
Pokok mulberi diluar rumah mulai mengeluarkan pucuk dan buah mulberi yang baru. Pucuk pucuk mulberi dipetik dan dijadikan makanan ikan. Harap harap banyak hasil buah mulberi beberapa minggu lagi.

Ikan puyu
Terdapat banyak ikan puyu didalam anak sungai berdekatan den…

cabaran berkebun di kawasan perumahan

terdapat beberapa cabaran dan tips berkebun di kawasan kejiranan dan perumahan

Kekemasan
Apabila berkebun dikawasan perumahan, kekemasan perlu diutamakan jika menanam supaya tidak mencacatkan pemandangan dan nampak semak. Kemungkinan binatang liar seperti ular dan serangga seperti nyamuk boleh bersembunyi dan mendatangkan ketidak selesaan kepada jiran.

Kawasan penanaman
Kadang kadang berlaku masalah persempadanan dengan jiran. Kemungkinan jiran juga berminat untuk berkebun dan menanam pokok bunga sehingga masuk ke kawasan depan rumah kita. Didalam perkara ini, perlu ada toleransi dan persefahaman. Seboleh bolehnya jangan kita menanam sehingga masuk ke kawasan perumahan jiran

Kecurian
Hasil daripada berkebun di kawasan perumahan adalah terdedah kepada orang yang lalu lalang. Buah buah yang tergantung mungkin menarik perhatian sesiapa sahaja untuk mengambilnya. Kalau boleh, buah dibalut supaya tarikan untuk diambil orang dapat dikurangkan.

Tangan tangan gatal/ vandalisme
Anak benih yang terded…

balik kampung raya haji 2016

Imej
Alhamdulillah hampir seminggu bercuti raya haji di kampung pada tahun ini. Diantara aktiviti

Kenduri akikah
Beberapa kenduri akikah bagi menyambut kelahiran anak anak sepupu. Alhamdulillah majlis berlansung dengan lancar dan meriah. Dapat bertemu dengan sanak saudara dan bertanya khabar.

Bakar jerami
Jerami yang terhasil selepas padi dituai perlu dibakar untuk memudahkan proses membajak sawah. Hanya jerami yang kering dapat dibakar. Jadi pembakaran jerami bergantung kepada keadaan cuaca. Jika hari hujan apabila padi dituai, jerami tidak dapat dibakar. Pembakaran jerami biasanya dilakukan pada waktu petang. Teknik pembakaran perlu melihat kepada arah angin supaya tidak terperangkap dalam asap dan haba dari pembakaran jerami. Pembakaran jerami juga memusnahkan tempat perosak  seperti tikus yang suka bersembunyi dibawah jerami.

Bersih sekitar rumah
Rumput rumput yang panjang disekitar rumah dipotong supaya laman nampak lebih kemas.

Memancing
Alhamdulillah, ada sedikit rezeki memancing di kam…

pokok tin berbuah lagi

Imej
Alhamdulillah dapat merasa keenakan buah tin green jordan pada minggu lepas.

Pokok tin di kampung dan di kebun perumahan mulai masak.






Buah dipetik apabila buah mulai menguning dan terdapat semut yang mulai menghurungi buah kerana buah semakin manis. Seeloknya buah dimakan selepas sehari kerana buah akan mulai mengecut dan rosak. Rasa buah lemak manis.

Pokok tin ditut lagi untuk menghasilkan lebih banyak anak benih. InsyaAllah akan dibawa balik ke kampung apabila sudah tut sudah mula berakar.


perkembangan kebun perumahan awal september 2016

Alhamdulillah hujung minggu ini dapat menguruskan sedikit kebun perumahan

Bersih laman rumah
Halaman rumah telah berjaya dibersihkan supaya nampak lebih kemas. Pokok petola bantal yang sudah tua di pangkas dan dijadikan kompos. Untuk mempercepatkan proses kompos. Daun dan batang menjalar petola bantal dipotong potong. InsyaAllaha akan minta pandangan pasangan supaya menepati citarasa kaum hawa dari segi sudut pandangan. Botol botol plastik dikumpulkan dan di masukkan kedalam plastik sampah untuk dibuang.

Semai biji benih
Beberapa jenis benih disemai pada kali ini. Ini termasuk biji benih cabai, terung, kangkung, basil, salad, kohlrabi dan timun. Semoga ada benih yang akan bercambah insyaAllah.

Tuaian bayam
Bayam tunggal yang tumbuh didalam pasu dituai dengan mengambil pucuk sahaja.