Catatan

banjir surut 22 November 2009

Imej
banjir mulai surut di kampung, lega sebab ramai yang dapat buat kenduri dan seminggu sahaja lagi raya haji akan tiba, - banjir dah surut dan diluar penuh lumpur - keadaan diluar yang penuh lumpur - bendang yang masih digenangi air - lukman duk tidur Hidayat dan Tashien balik kampung untuk bersih rumah Tok dan Tok Wan selepas banjir, tapi banjir kali ini naik sebanyak dua kali,

banjir 8-Nov 09

Imej
banjir di alor setar, seperti biasa berlaku pada penghujung tahun, kalau tahun tahun dahulu, banjir berlaku pada tarikh raya kurban atau hari raya, - pagi semasa banjir - petang hari yang sama, hujan turun dengan lebat

laut 28-29 October 2009

Imej
pada hari tersebut, sempat saya ke laut bersama dengan rakan rakan sekerja, agak lama tak ke laut, bakat memancing pun dah banyak yang lupa, Alhamdulillah ada juga rezeki, -rezeki di laut

teringin nak upgrade camera

buat masa ini, masih pakai kamera kompak Olympus, kualitinya kurang memuaskan berbanding model sebelumnya, pendapat peribadi.. teringin nak pakai Digital SLR, setakat ini masih belum ada bajet, mudah mudahan dapat membeli nanti supaya lebih senang buat dokumentasi untuk blog
Imej

hari raya 2009 20 September 2009

Imej
hari raya tahun ni biasa sahaja, tak banyak aktiviti, berulang alik antara sungai baru dan mergong, hari raya kedua sakit perut seperti raya tahun tahun yang lepas, hari raya pertama, kami pergi ziarah kubur tok Langgar di Langgar, singgah di rumah Pak Ngah, Pak Cik dan Bang Long Din, - Tashien, isteri ku Aslinda tercinta, Mia, dan mak tersayang gembira di hari raya - beraya di rumah Pak Cik - beraya di rumah Pak Ngah - beraya di rumah, Ayah sedang sibuk layan saudara mara - main bunga api di rumah kak As dan bg Mie hari raya ke tiga, melawat tok teh, long hari raya ke empat, pergi ke laut, kononnya nak tangkap ikan banyak, tetapi hasilnya tak seberapa sangat, insyaAllah ada rezeki pergi lagi, sempat juga menziarah Tok Lang di sungai baru hilir, masa kami sampai, Mak Teh tengah suapkan makanan pada Tok Lang, semasa nak balik, Mak Teh bagi anak kacang kelisa dan pokok senduduk putih

balik kampung

Imej
balik kampung selama dua hari, 10-11 October, tapi tak sempat nak tolong ayah tabur benih di padang, mulanya nak bertolak balik jumaat malam, tapi sebab letih, tertunda ke pagi esok, bg tam balik dari KL tolong ayah tabur padi, tuk timah bagi pisang udang dan pisang toman, mak pesan keladi sayur, dapat juga mak buat keladi sayur untuk makan tengah hari Keladi sayur yang sedap dibuat masak sayur pisang udang, lain daripada yang lain Subhanallah warnanya hitam kemerahan, dari jauh susah nak tahu masak atau tidak