Catatan

Pinang, Malaysia

Pinang, Malaysia

balik kampung 16 October 2010

Imej
Assalamualaikum, dapat juga balik kampung, kali ini balik dengan Ana, tugasan minggu ini ialah meracun siput gondang, Ayah sudah pun tabur padi di bendang, tapi siput gondang banyak makan anak benih padi. Racun ini amat merbahaya kepada hidupan air di bendang seperti katak, ikan, ketam dan lain lain, bendang pada seminggu awal penanaman padi Kesan racun siput gondang pada kehidupan air katak mati di bendang.. kesian.  siput siput gondang.. banyak betul... anak ikan puyu mati.. ketam pun mati juga.. kesian.. Hidayat balik kampung Hidayat pun kebetulan balik kampung. Hidayat ada juga berjumpa dengan rakan rakan semasa kursus kapal terbang dulu. Tok wan suruh dia belajar mesin rumput. Hidayat mesin rumput ayam piru yang memerhati Hidayat mesin rumput Lain lain Disertakan beberapa keping gambar lagi pokok ros mak tanam dah ada bunga betik yang sesuai untuk buat somtam, tapi lain kali akan cuba, kali ini kami makan tengah hari berlaukkan ikan ...

pancing di pulau, 3 Oktober 2010

Imej
Pulau Betong dari jauh minggu ini berkesempatan untuk memancing di pulau pinang, pada mulanya hendak memancing di kawasan Pulau Betong, Balik Pulau, tetapi disebabkan keadaan ombak yang kuat tidak mengizinkan teknik pancing digunakan, saya kehilangan satu gewang kerana tersangkut didalam air, jadi saya terpaksa bergerak ke tempat yang lebih tenang, Alhamdulillah ada sedikit hasil, hasil memancing kali ini, Alhamdulillah syukur sangat sangat dan dapat melihat beberapa jenis bunga yang cantik dan menarik, bunga dari sejenis pokok yang hidup berhampiran pantai satu lagi jenish bunga yang unik, SubhanaAllah

ulam ulaman tenggek burung

Imej
assalamualaikum semua, saya nak perkenalkan ulam tenggek burung, sedap rasa ulam ini, saya beli di pasar semasa bulan puasa dahulu Ulam tenggek burung rangup dan menyelerakan Set lengkap untuk berbuka puasa, Alhamdulillah, moga diberkati rezeki dan dijauhi kami dari api neraka

meracun bendang 19 September 2010

Imej
Tugasan minggu ini ialah meracun bendang untuk memastikan padi angin dihapuskan Ayah tengah memeriksa mesin racun, rosak pula terpaksa balik ke rumah untuk cari spark plug baru Semasa nak balik rumah, terjumpa dengan ikan haruan melompat, dapat juga ditangkap untuk bawa balik ke rumah Bendang untuk diracun, tanah basah basah, tak banyak air

kenduri lepas raya 2010

Imej
kelmarin ada kenduri anak tuk tam di lorong melati, antara menu hidangan yang istimewa ialah acar kismis, petang pula pergi tukar tayar kereta, habis RM 300... tayar kereta dah bengkak sejak seminggu, tapi tak sedar, semasa balik jumaat malam ke kampung sudah tak sedap bawa kereta, akhirnya bila sampai rumah, tayar pancit keesokan paginya

balik kampung merdeka 31 Ogos

Imej
Kali ini balik kampung sebentar sahaja, kerana cuti hanya sehari, bagaimanapun banyak masa dimanafaatkan untuk bertadarus semasa ramadhan ini. Saya juga berkesempatan untuk memancing setelah sekian lama tidak memancing. Haruan pada hari merdeka, alhamdulillah