Catatan

Hari raya korban 6 Nov 2011

Imej
Alhamdulillah hari raya korban kali ini berlangsung baik Hari pertama, mak dan ayah pi beraya di rumah Wan/ Ana di Perlis. Harisin baca doa sebelum makan malam  korban di Mergong ramai ramai bergambar berlatar belakang sawah di rumah Wan, Perlis Luqman dan Akbar di pagi raya makan makan di pagi raya Hujan masih turun, tapi air belum menunjukkan tanda hendak banjir.

cili kebun

Imej
cili dari kebun tuk timah, banyak betul Alhamdulillah boleh buat stok cabai

cuti cuti di sabak bernam 9 Apri 2011

Imej
Assalamualaikum, awal bulan ini ada kenduri di Sekinchan, ana tempah rumah sewa di kawasan berdekatan dengan pantai, cantik sangat tempat tu, bergambar di kawasan homestay kenduri di rumah pak tam bergambar dengan pengantin kawasan homestay pancing di sebelah petang ayah dan Jannah

buah jambu surau

Imej
di surau tempat kami tinggal terdapat pokok jambu mini, buahnya kecil kecil sahaja, elok dan jarang diserang lalat buah, jika terlalu ranum, buah ini akan merekah, buah jambu yang sedap

balik kampung 13 Mac 2011

Imej
minggu lepas balik kampung, kebetulan cuti sekolah, banyak orang yang buat kenduri kahwin termasuk Pak Njang dan Mak Njang untuk Siti. Kami juga pergi kenduri di Perlis. Bang Chak, Bang Long dan Bang Tam pun balik juga kenduri kali ini. Tengah bersiap juga untuk kenduri Ana, nak tengok langsir, cat rumah dan lain lain lagi. cucu cucu mak dan ayah depan rumah tok nek memancing pula, harisin dapat ikan besar semalam seronok main jongkang jongket juara memancing semalam tekun memancing semula musim timur ni langit selalu cerah siput pun boleh pancing :D

serangga ranting disember 2010

Imej
semasa bulan disember lepas, serangga berbentung ranting telah masuk ke dalam rumah, yang masuk ini kecil sahaja, pernah kami terjumpa yang lebih besar dari ini beberapa tahun yang lepas SubhanaAllah tuhan yang mencipta pelbagai makhluk di bumi ini.

Al fatihah buat Tok Teh

Hari Sabtu yang lepas, Tok Teh telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. Tok Teh walaupun sudah berusia lanjut tetapi ingatan dan penglihatan masih baik. Tok Teh menjaga solatnya walaupun sudah berusia dan solat secara duduk. Al Fatihah