Catatan

bunga telang

Imej
bunga telang selalu digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu, sudah mula menanam beberapa pokok tetapi belum mula berbunga, pokok bunga telah saya dapati lasak, dan tumbuh tanpa banyak kerenah, ini contoh pokok yang hidup subur di satu kawasan kejiranan,

benih kacang kelisa

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah benih kacang kelisa sudah pun di semai, percubaan kali pertama dengan 2 pasu pokok, InsyaAllah nanti saya akan letak gambar terbaru pokok kacang kelisa yang saya semai, Mungkin akan terpaksa pindah pasu kerana pokok semakin cepat membesar benih kacang kelisa pemberian tuk timah

balik kampung 14 Jan 2012

Imej
kali ini ada kenduri di rumah Tok Cik Din di Mergong. Tok Cik Din kenduri anak yang terakhir. Anak lelaki Tok Cik Din ada yang bekerja di JPJ Suka Menanti. kak Chik datang terus dari Perlis sebab ada program bersama menteri di sekolah. Lin dengan Mak berjalan ke kenduri Kak Chik, Luqman yang baru potong rambut   sawah padi berdekatan rumah tok cik din suasana kenduri dari jauh Bang Tam pun balik dari KL. Jadi meriah rumah mak dan ayah dikampung dengan anak cucu selama dua hari. Alhamdulillah sempat meluangkan masa yang tidak sebanyak mana bersama mak dan ayah dikampung. InsyaAllah lebih banyak masa dapat berada dikampung menjelang hari raya cina.

Hari raya korban 6 Nov 2011

Imej
Alhamdulillah hari raya korban kali ini berlangsung baik Hari pertama, mak dan ayah pi beraya di rumah Wan/ Ana di Perlis. Harisin baca doa sebelum makan malam  korban di Mergong ramai ramai bergambar berlatar belakang sawah di rumah Wan, Perlis Luqman dan Akbar di pagi raya makan makan di pagi raya Hujan masih turun, tapi air belum menunjukkan tanda hendak banjir.

cili kebun

Imej
cili dari kebun tuk timah, banyak betul Alhamdulillah boleh buat stok cabai

cuti cuti di sabak bernam 9 Apri 2011

Imej
Assalamualaikum, awal bulan ini ada kenduri di Sekinchan, ana tempah rumah sewa di kawasan berdekatan dengan pantai, cantik sangat tempat tu, bergambar di kawasan homestay kenduri di rumah pak tam bergambar dengan pengantin kawasan homestay pancing di sebelah petang ayah dan Jannah

buah jambu surau

Imej
di surau tempat kami tinggal terdapat pokok jambu mini, buahnya kecil kecil sahaja, elok dan jarang diserang lalat buah, jika terlalu ranum, buah ini akan merekah, buah jambu yang sedap