bendang mei - aug 09

Bulan Mei 09

Bila padi dah berusia sebulan, baja tambahan ditabur buat kali pertama.

Ayah hendak cuba menggunakan mesin penabur, tapi kami masing masing tidak mahir menabur menggunakan mesin.

Mesin penabur baja juga cepat tersumbat kerana baja urea menyerap lembapan dalam udara dan menjadi keras didalam saluran penyembur.

gambar: cara mengangkat sebegini menyebabkan sakit belakang, lebih elok jika diimbang dibelakang badan

Angkut baja ke bendang

Baja diangkut menggunakan motosikal, kemudian baja perlu ditanggung untuk dibawa ke petak sawah.

Kebiasaannya diantara 13 - 14 guni baja diperlukan untuk 6 relung petak padi.










Bulan Jun 09
bulan jun, padi dah mula bunting,
kali ini sekali lagi baja ditabur supaya padi nanti berisi.

perosak seperti tikus juga perlu dikawal menggunakan racun tikus. kalau tidak banyak padi yang akan rosak nanti.

tahun lepas, banyak hasil padi yang dirosakkan tikus.






Bulan Julai 2009

Padi sudah hampir masak, ayah banyak melawat petak bendang disebelah petang sahaja, hujan dan angin yang kuat boleh menyebabkan pokok padi tumbang, harap harap tak jadi begitu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus