durian dan tempoyak

musim durian di Pulau Pinang selalunya bermula dari awal bulan enam sehingga bulan ogos,
mula mula sekali, buah durian kampunglah yang mula sekali ada dipasaran,

antara varieti durian kampung yang terkenal ialah durian kucing tidur, susu. Ada yang jenis berasid tinggi dan ada yang manis. SubhanaAllah penciptaan pelbagai jenis varieti durian kampung.




Kebiasaannya kami akan membeli lebih sedikit untuk dibuat tempoyak. Buah yang mulai masam di asingkan dari biji dan ditimbuk dan ditambah garam. Biarkan pada suhu bilik sehingga gelembung udara mula terbentuk diantara lapisan tempoyak. Tempoyak sudah siap dan anda boleh simpan didalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.



Perhatikan gelembung udara dalam lapisan tempoyak, tempoyak sudah sedia untuk digunakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus