balik kampung awal jun 2012

minggu lepas sempat balik kampung untuk cuti yang panjang,

Mohd Zahin
seronok tengok mohd zahin semakin membesar, sudah dekat tiga bulan, berat dekat 7.5 kilo.

Mohd Zahin dengan sepupu sepupu yang lain


Tolong ayah tabur baja

Ayah pula sedang nak tabur baja, jadi kami ramai ramai tolong ayah tabur baja di bendang. Ada beberapa proses hendak tabur baja, pertama petang sebelum hari menabur baja, kebiasaannya kita akan angkut baja dahulu ke petak sawah. Kali ini lebih 18 kampit baja sebatian campuran di gunakan. Baja ditutup dengan plastik untuk mengelakkan terkena hujan.

Pada hari berikutnya, mesin menabur baja dibawa ke bendang. Proses menabur baja dimulakan, biasanya bermula dari tepi, kemudian baru ke tengah sawah. Baja baja akan ditambah apabila tong habis.

Proses menabur baja akan dilakukan sekali lagi sebelum padi mula bunting.

bg tam menabur baja

berat mesin dan baja lebih kurang 30 kilo, memang memenatkan

bg tam turun dalam bendang untuk tabur baja di tengah sawah

sekumpulan itik yang mencari makananan dicelah anak padi

wan bantu tanggung baja ke kawasan bendang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos