cadangan mengompos sisa sayuran menggunakan pasu

berikut adalah cara mengompos sisa sayuran yang saya gunakan. Jika diperhatikan sebenarnya banyak sisa sayuran yang kita hasil setiap hari terutama jika memasak sendiri dan mempunyai keluarga yang besar.

Antara sisa yang boleh dikompos:

1. kulit bawang, halia,
2. lebihan daripada sayur ( sawi, remayung )
3. lebihan dari kulit buah buahan ( pisang, tembikai, oren dll )
4. lebihan nasi/pulut/kuih
5. daun pisang pembalut nasi lemak ( belilah nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang dan kertas surat khabar lebih baik utk dikitar )

bahan tambahan lain
6. air dari sistem penapis akuarium

Bekas kompos:

bekas kompos yang boleh digunakan ialah sebuah pasu. Piring pasu diletakkan dibawah pasu untuk mengelakkan air kompos keluar. Tempat yang sesuai untuk diletakkan ialah diluar rumah dikawasan yang redup. Ini bertujuan supaya pelbagai jenis serangga dapat membantu menguraikan sisa sayuran ( lalat, kumbang dll ).

Penyediaan bekas kompos

Isi dengan tanah kebun tapi jangan dipadatkan. Seboleh bolehnya yang mempunyai cacing ( cacing kecil pun ok ). Cacing juga mampu masuk sendiri kedalam pasu melalui lubang bawah pasu jika diletakkan diatas bumi. Isi tanah sehingga 3/4 pasu. Tambah sisa sayuran dari masa kesemasa. Siram dengan air sistem penapisan akuarium untuk mengekalkan kelembapan dalam pasu. Tutup dengan penutup seperti penutup tong sampah. InsyaAllah hasil kompos boleh diguna selepas sebulan.

Jika penghasilan sisa tinggi
Boleh buat dua atau tiga pasu mengikut kapasiti penghasilan sisa sayuran.

Gambar akan menyusul insyaAllah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus