perkembangan kebun perumahan 27 Mei 2014

Alhamdulillah sempat meninjau kebun perumahan walaupun sangat sibuk sekarang ini.

Petola bantal
Petola bantal yang sudah lama tidak berbuah akhirnya berbuah kembali. Bila buah dijumpai, saiz buah sudah sangat sesuai untuk dituai. InsyaAllah akan dijadikan masak air. Harap harap akan berbuah lagi. InsyaAllah akan cuba baja lagi pokok petola bantal.

Belalang dan perosak lain
Belalang nampaknya masih banyak dan terdapat dalam pelbagai peringkat pembesaran. Belalang makan daun sambung nyawa, daun bayam dan daun sayuran lain. Belalang yang berjaya ditangkap dijadikan makanan ikan kaloi.

Petola bantal dihadapan rumah pula masih belum berbuah dan kini diserang larva kekabuh. Dibiarkan sahaja kerana pokok tidak produktif.

Timun
Timun terakhir akan dituai insyaAllah esok. Tinggal sebiji timun jepun sahaja lagi. Selepas ini tanah akan direhatkan dan diperkayakan sebelum tanaman baru dimulakan. Kemungkinan aktiviti tanaman akan dikurangkan kerana sudah hampir bulan puasa dan dijangkakan musim kering akan bermula kembali.

Satu lagi varieti timun yang disemai minggu lepas masih belum menunjukkan tanda tanda akan bercambah.

Zucchini
Alhamdulillah zucchini sudah berjaya diubah ke pasu yang lebih besar. Harap dapat membesar dengan cepat.

Bendi
Semaian bendi perlu diubah segera untuk mengelakkan anak benih lemah dan mati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus