perkembangan kebun perumahan 22 Julai 2015

Alhamdulillah, dapat mengurus kebun perumahan dalam tempoh cuti hari raya aidilfitri tahun ini.

Cuaca yang mendung serta hujan sepanjang minggu cuti aidilfitri menjadikan kebun perumahan tidak perlu disiram sepanjang seminggu balik bercuti. Cuma kasihan pada ikan ikan didalam kolam yang kelaparan seminggu terpaksa bertahan tanpa makanan. InsyaAllah akan cuba automasikan sistem pemakanan ikan.

Diantara perkembangan kebun perumahan



1. Pokok tin
Buah tin yang ditunggu tunggu untuk masak akhirnya telah masak dan gugur semasa cuti hari raya. Tidak pasti berapa hari buah tin berada diatas tanah. Buah sudah mula dihurung oleh semut dan menjadi sedikit lembik. Alhamdulillah isi buah masih elok dan boleh dimakan. Dapat juga merasa buah tin sulung.

Selain itu, daun daun pokok tin juga diambil untuk dijadikan teh.



2. Semaian tomato king kong
Semaian dibuat beberapa jam sebelum balik bercuti di kampung. Alhamdulillah semaian sudah mulai bercambah. InsyaAllah akan diubah ke pasu yang lebih besar dan dimulakan pembajaan pokok.



3. Tuaian cabai solok
Cabai solok berbuah lagi dan sedia untuk dituai. Beberapa biji buah dituai.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus