apam lenggang buah kelapa laut masak

Kebetulan melalui kawasan yang mempunyai beberapa pokok kelapa laut yang ditanam ditepi jalan. Buah buah yang masak jatuh dan mereput begitu sahaja.

Dulu dulu emak selalu pesan jika berjalan ditepi sawah kalau jumpa buah kelapa laut yang gugur untuk dibawa balik ke rumah. Buah kelapa laut yang masak mempunyai aroma yang menarik. Isi dibawah kulit buah menjadi lembut.

Kebiasaannya pada bulan puasa, teras biji ( kernel ) buah yang dijadikan sebagai minuman. Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa isi buah kelapa laut yang masak juga boleh diproses menjadi perisa makanan.

Isi buah kelapa laut yang masak berwarna oren kekuningan. Buah akan dibuang kulit dan isi dimasukkan kedalam satu bekas untuk disaring bagi mendapatkan pati. Pati buah ditapis dengan menggunakan kain putih. Pati buah bersifat melekit pada kain putih dan menyukarkan proses penapisan. Jadi selepas isi buah dicampur dengan air dan dituang keatas kain putih yang diletak pada satu bekas atau baldi. Campuran dibiarkan semalaman untuk mendapatkan pati. Kebiasaannya proses ini dibuat pada waktu malam supaya dapat digunakan pada waktu pagi.

Pada waktu pagi. pati yang melekat pada kain akan dikumpulkan. Dulu dulu mak selalu campurkan kedalam tepung untuk membuat apam lenggang. Aromanya sangat berlainan dengan apam lenggang biasa.

InsyaAllah kalau ada rezeki jumpa buah yang masak dan masih elok. Akan cuba untuk mendapatkan pati buah ini.

Pokok kelapa laut juga seperti mempunyai hubungan simbiosis dengan kelawar. Daun daun pokok kelapa laut yang tua akan patah dan rapat kepada batang pokok. Ini menjadi tempat kelawar bersembunyi pada waktu siang. Kebiasaanya najis kelawar banyak ditemui dipangkal pokok yang mempunyai kelawar yang bersembunyi pada waktu siang. Secara tidak langsung najis kelawar menjadi baja yang sangat baik bagi pokok kelapa laut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos