balik kampung cuti raya cina 2017

Alhamdulillah dapat balik kampung bersempena cuti raya cina kali ini. Lima hari cuti tidak terasa bila balik ke kampung. Pelbagai aktiviti diadakan dikampung menjadi kenangan indah semasa bercuti. Terasa puas cuti kali ini dapat bertemu sanak saudara. Beberapa aktiviti yang dijalan seperti yang disenaraikan dibawah.



Perjumpaan keluarga besar Haji Din
Alhamdulillah, keluarga besar Haji Din bertemu lagi pada kali ini. Aktiviti berhimpun dan berkenal kenalan diantara ahli keluarga yang besar. Pelbagai lapisan umur yang hadir. Kehadiran mencecah 200 orang. InsyaAllah akan bertemu lagi pada tahun depan sekiranya umur panjang.





Memancing
Beberapa aktiviti memancing dilaksanakan bersama sama anak anak saudara. Ikan haruan dan puyu menjadi sasaran utama. Rezeki kali ini baik kerana ikan keli bendang turut mengena matakail. Dapatlah anak anak saudara merasa makan ikan keli goreng.



Kebun
Abang yang balik bercuti menumpukan masa membersih kawasan kebun pisang ayah. Hampir separuh hari diluangkan setiap hari untuk membersihkan kebun pisang. Alhamdulillah banyak pisang yang sedang mula berbuah. Jantung pisang diambil apabila pisang sudah habis berbunga. Jantung pisang dicelur dan dijadikan sebagai kerabu untuk makan tengah hari.





Riadah
Kali ini berkesempatan melakukan riadah mendaki Gunung Keriang bersama anak anak saudara. Aktiviti mengambil masa kira kira 40 minit untuk sampai kepuncak. Jalan agak curam dan pendaki perlu berhati hati kerana terdapat juga lubang lubang yang dalam. Dari puncak gunung keriang kita dapat melihat sawah padi yang sedang menguning dan luas terbentang. Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di kawasan gunung keriang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus