balik kampung 3 Jun 2017

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini untuk berbuka puasa bersama mak dan ayah di kampung.

Program kebajikan

Pagi sabtu dihabiskan masa dengan program kebajikan di kuala kangsar yang dianjurkan tempat kerja. Alhamdulillah program bantuan berjalan dengan lancar dan golongan sasaran yang memerlukan bantuan dapat dibantu.



Dalam perjalanan balik sempat singgah di RNR Bukit Gantang untuk membeli buah buahan. Untuk mendapatkan buah jambu batu yang berkualiti, pengunjung disarankan untuk memilih sendiri buah yang hendak dibeli. Buah jambu yang dijual siap bungkus biasanya mengandungi campuran buah yang mempunyai biji dan buah tanpa biji. Selain itu, kualiti buah sukar untuk ditentukan apabila sudah dibungkus.

Kebun perumahan
Masa sebelah tengahhari pula sempat singgah ke kebun perumahan. Pokok cili padi masih berbuah dengan lebat. Sistem pengairan automatik masih berfungsi dengan baik. Pokok lemak ketam atau tebengau sudah mula mengeluarkan pucuk baru setelah habis dipangkas semasa proses mengemas halaman rumah. Pokok ini akan dibawa balik ke kampung kerana sudah terlalu besar dan tidak sesuai ditanam dikawasan perumahan. Pokok pokok tin dan bebuas juga akan dibawa balik ke kampung. InsyaAllah pokok akan dibawa balik sebelum cuti hari raya puasa.

Pisang
Masih terdapat banyak buah pisang yang perlu diambil daripada kebun kampung. Ada banyak juga yang sudah dimakan oleh burung. Setakat ini, impian untuk makan pisang goreng semasa berbuka puasa masih belum tercapai. Semasa hendak berbuka puasa, kekalutan didapur menyebabkan semua terlupa hendak menggoreng pisang. Selain itu, pelbagai juadah sudah dibeli dari bazar ramadhan yang menyebabkan permintaan untuk menikmati pisang goreng semasa berbuka tergendala.



Memancing
Anak saudara yang balik bercuti mengajak untuk memancing ikan. Jadi permintaan ditunaikan dengan memancing ikan puyu. Umpan cacing dicari dibelakang rumah. Hanya satu kali cangkul sudah cukup untuk mendapatkan cacing. Dari seekor cacing beberapa ekor ikan puyu telah dapat dipancing dalam masa setengah jam. Keesokan harinya, ikan puyu habis hilang kerana tidak dikurung dengan betul oleh anak saudara.

Keladi dan pandan
Pokok pokok keladi yang tumbuh ditepi parit kemungkinan akan diubah ke kawasan yang lebih sesuai dihujung kampung. Tempat yang akan ditanam selalu berair dan lebih terdedah kepada matahari. Disamping itu, pokok pandan juga akan disemai ditempat baru untuk menambah ruang tanaman.

Hujung kampung yang semak
Hujung kampung buat masa ini sangat semak. Rumput sudah panjang dan menjadi sarang binatang binatang liar. Terdapat juga orang menahan pukat burung didalam kawasan kebun kampung. Perkara ini dibiarkan dahulu kerana pelaku adalah pekerja kontrak yang melakukan kerja ubah suai rumah sebelah. Tak ada masa untuk menguruskan perkara perkara ini. Selagi tidak merosakkan pokok pokok masih boleh diterima pada masa ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang