8 jam di kampung, 30 September 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Masa di kampung tidak lama dari waktu tengah hari sehingga waktu Isya' sahaja. Namun, kesempatan ini digunakan sebaiknya. Kali ini, perjalanan balik ke Alor Setar melalui jalan lama iaitu dari Sungai Petani, seterusnya melalui Merbok dan Yan sebelum sampai ke Alor Setar.

Mata air di Singkir Laut

Perjalanan dari Merbok ke Yan akan melalui kawasan tepi laut yang berbukit. Terdapat lokasi mata air yang bersih. Pengunjung boleh berhenti untuk mengambil air dari mata air. Pengamatan saya mendapati tempat yang disediakan cukup baik. Cuma, pengunjung pengunjung harus menjaga kebersihan tempat ini untuk mengelakkan sumber air tercemar.

Gulai Ikan Alor Pear

Perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar melalui daerah Yan mengambil masa yang panjang. Kami bertolak sekitar jam 9.30 pagi. Jadi, apabila sampai di Alor Setar sudah hampir waktu tengah hari. Juadah makan tengah hari dibeli dari kedai nasi campur berhampiran Alor Pear. Kedai nasi campur ini agak terkenal dikalangan orang kampung dengan gulai ikan citarasa orang kedah. Harga makanan juga berpatutan berbanding kedai kedai yang lebih popular berdasarkan pengalaman membeli lauk pauk juadah tengah hari di beberapa kedai yang lebih popular.


Bersih kebun kampung

Kampung di belakang rumah sedang dipasang jaring untuk tujuan membela ayam kampung. Pokok pokok mempelam terpaksa dipangkas untuk membolehkan jaring dipasang. Dahan dahan yang dipangkas dihimpun dan dilonggokkan untuk dibakar.

Ikan haruan panggang

Ikan haruan yang dipancing beberapa minggu dulu dibawa balik ke kampung. Anggaran saiz ikan sekitar satu kilo. Saiz sebegini sesuai untuk dijadikan juadah ikan haruan panggang. Ikan haruan dibelang belakang tanpa disiang sisik. Kemudian ikan dibersihkan dengan menggunakan garam dan daun kari untuk membuang hanyir ikan. Ikan dilumur dengan garam dan kunyit. Kelapa parut, bawang besar dan serai ditumbuk dan dimasukkan kedalam ikan. Ikan kemudian dibalut dengan daun pisang dan dimasukkan kedalam pemanggang.

Ikan dipanggang diatas bara sabut kelapa yang disediakan lebih awal. Selepas kira kira 20 minit, ikan akan masak dan sedia untuk dimakan. Alhamdulillah rasa ikan tidak hanyir dan sedap. Aroma ikan panggang juga sangat menyelerakan. InsyaAllah, akan cuba memancing lagi ikan haruan bersaiz sekilo keatas untuk dijadikan ikan panggang.

Ulasan

  1. Alor Pear ni jalan Gunung Keriang ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, Alor Pear ni Jalan Gunung Keriang, dekat dengan stesen minyak Petronas

      Padam
  2. Oh kampung saya di Gelung Air. Dekat musuem padi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

cara buat lemang

balik kampung, 14 Jun 2020

ikan kaloi dalam kolam