balik kampung November 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung untuk ziarah mak dan ayah. Masa dikampung masih lagi terhad. Perancangan awal untuk balik bercuti di kampung selama empat hari tertangguh kerana faktor cuti pasangan berbeza. Jadi masa yang dapat diluang dikampung pada masa ini sekadar sehari setengah.

Masa yang ada digunakan untuk menyelesaikan perkara utama yang tertangguh dahulu seperti urusan cermin mata ayah, ambil ubat ubatan di klinik dan urusan pendaftaran bendang ayah untuk musim penanaman yang baru. Disamping itu, masa yang ada juga digunakan untuk bawa mak dan ayah berjalan jalan. Mak juga hendak melawat bendang milik mak di kawasan Air Hitam.

Kebun pisang

Kebun pisang sudah lama tidak dijenguk. Ada orang kampung yang datang mengambil pisang tetapi membayar pada harga yang rendah. Selain mengambil pisang, habis golok dan kasut but juga diambil dan tidak dipulangkan. Buah buahan seperti buah sawa(ciku) juga diambil sedangkan mak nak simpan untuk anak cucu yang hendak balik bercuti. Rasanya, perlu berjumpa untuk berbincang untuk dia berhenti mengambil hasil dari disekeliling rumah. Saya juga berpesan kepada emak untuk tidak membenarkan dia mengambil lagi pisang dan melawat kebun pisang kerana bayaran yang diberi tidak setimpal. Lebih baik dimakan sendiri daripada dijual. Kemungkinan kebun pisang perlu di pagar dengan duri kawat untuk mengelakkan orang masuk ke kebun tanpa kebenaran.

Suasana di kampung kini agak sunyi, kerana tinggal orang orang tua sahaja dikawasan kampung. Sudah kurang anak anak muda dan orang dewasa dikawasan kampung.

Memancing

Alhamdulillah masih ada hasil daripada memancing dikampung. Namun, ikan yang dipancing tidak sempat untuk disiang dan dijadikan hidangan. Masa terlalu suntuk dan kebiasaanya saya terpaksa bergegas pulang dari kampung pada waktu petang. Harap harap akan ada lebih banyak masa terluang.

Musim timur

Angin permulaan musim timur sudah mula terasa di kawasan kampung. Hujan sudah mulai jarang jarang turun. Umur padi di bendang sudah masuk sebulan. Urusan mengurus bendang sekarang ini diupah kepada orang kampung.

Harap harap pada bulan Disember dan Januari saya dapat meluangkan lebih banyak masa di kampung insyaAllah.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

percubaan memasak beras rebus

cara buat lemang