musim durian Wang Tepus 2019

Alhamdulillah tahun ini dapat merasa musim durian yang baik di kebun abang yang terletak di kawasan Wang Tepus, Kedah.

Sudah lama tidak masuk ke kebun durian. Kali terakhir hampir kira kira lapan tahun yang lepas bersama mak, ayah, isteri dan arwah kak Chak. Masih lagi teringat kenangan sama sama mencari buah buahan didalam dusun dan berehat di pondok.

Durian, rambutan dan buah buah kayu

Pokok pokok durian yang satu ketika dahulu hanya setinggi 2 meter sudah menjadi sangat tinggi. Musim buah buahan kali ini sangat menjadi. Buah buah seperti durian, dokong, cempedak, petai, rambutan dan pulasan sangat banyak.

Kawasan dusun terdiri daripada sedikit kawasan lapang dan kawasan berbukit. Kawasan lapang ditanam dengan pokok durian, dokong, cempedak dan rambutan. Kawasan paling atas ditanam dengan pokok pokok petai.

Terdapat pelbagai vareiti durian yang ditanam di dusun termasuk udang merah dan musang king. Tahun ini durian musang king masih belum menjadi. Menurut Bang Lazim yang menjaga dusun, buah musang king dari kawasan Wang Tepus akan mulai banyak dihasilkan dalam tempoh 5 tahun lagi. Ini kerana pekebun durian dikawasan Wang Tepus sudah mula menanam vareiti musang king.

Anak sungai dan kolam

Terdapat anak sungai yang melalui kawasan tengah kawasan dusun. Terdapat juga beberapa buah kolam bagi memudahkan kerja menyiram anak pokok dan bagi mengelakkan kawasan yang rendah menjadi lecak.

Sebuah bangsal rehat sudah didirikan oleh abang. Bangsal yang didirikan luas dan selesa. Rasanya boleh menampung lebih sepuluh orang. InsyaAllah jika ada kelapangan boleh datang bermalam bagi merasa suasana didalam dusun terutama ketika musim durian.

Babi hutan, tupai dan kera

Bersempadan dusun terdapat tanah yang masih bersemak samun yang menjadi tempat persembunyian perosak tanaman seperti babi hutan, kera dan tupai. Tupai menjadi musuh utama untuk buah durian. Banyak buah durian yang ditebuk oleh tupai. Babi hutan pula berupa merosakkan anak pokok yang baru ditanam.

Ungka

Di kawasan dusun masih lagi terdengar sayup sayup bunyi ungka. Rasa gembira bila dapat mendengar bunyi ungka kerana ini menandakan kawasan atas bukit masih lagi terjaga dan tidak diteroka. Harap harap keadaan ini akan kekal kerana haiwan juga memerlukan kawasan untuk mencari makanan dan ungka tidak merosakkan tanaman.

Pertandingan durian kedah

Rupa rupanya durian dari kawasan Wang Tepus telah memenangi tempat kedua didalam pertandingan durian peringkat negeri Kedah pada tahun 2019. Abang Lazim yang menjaga kebun telah mempertaruhkan durian Wang Tepus untuk pertandingan yang diadakan di Kulim. Ada pegawai jabatan pertanian yang datang melawat ke kebun. Terasa gembira kerana durian kawasan Wang Tepus mempunyai rasa dan kualiti yang baik.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

  1. Wah...nanti lain musim boleh pi cari buah durian Wang Tepus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah, harap harap musim tahun depan menjadi lagi :)

      Padam
  2. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus