perkembangan kebun perumahan Bela Ikan Hibrid Lampam Kerai

Alhamdulillah, kebun perumahan dapat dipulihkan sedikit untuk tujuan membela ikan. Nostalgia membela ikan di taman perumahan selama lebih kurang lima tahun. Ikan kaloi dan ikan keli yang dibela dari kecil sehingga menjadi besar. Sayang sekali kesemua ikan tersebut mati atas sebab yang tidak pasti. Didalam kolam hanya tinggal ikan patin yang masih bertahan. Terkejut juga masih terdapat ikan patin didalam kolam kerana saya menyangka kesemua ikan sudah mati.

Kini, saya cuba memulakan kembali projek membela ikan didalam kolam. Sebagai permulaan, saya cuba untuk membela ikan hibrid Kerai Lampam. Mengikut info yang saya baca, ikan lampam kerai lebih cepat membesar berbanding ikan kerai. Harga ikan kerai lebih mahal sekitar rm15-30 seekor.

Ikan dibeli melalui tempahan online. Benih ikan dihantar dari Selangor ke Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Saya terpaksa bersengkang mata untuk menunggu bas ekspress yang tiba pada jam 4 pagi.

Ikan dibungkus didalam plastik tebal sebanyak dua lapis dan diisi oksigen. Plastik ini diletakkan didalam bekas polisterin dan diisi dengan botol air sejuk. Kemungkinan botol air sejuk ini menurunkan suhu didalam bekas polisterin sepanjang perjalanan didalam perut bas ekspress. Sebanyak 150 ekor anak ikan lampam kerai tiba dengan selamat ke Pulau Pinang. Saiz ikan tidak sekata kerana benih yang dibeli adalah benih akhir untuk tujuan penghabisan stok dari pembekal benih ikan.

Jika mengikut info dari pembekal. Ikan perlu diberi makan tiga kali sehari untuk memastikan pertumbuhan yang optimum.

Kini sudah hampir sebulan ikan lampam kerai dibela dan perkembangan ikan memuaskan. Saya perlu membeli peranti "fish feeder" untuk memudahkan urusan membeli ikan makan. Selain itu, perlu ada sistem penapis dan juga bekalan oksigen yang mencukupi.

InsyaAllah saya akan kemas kini perkembangan ikan hibrid lampam kerai.

Ulasan

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q.ME
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus