kebun kampung di kala covid19

Buat masa ini, kebun kampung terpaksa ditinggalkan sekejap kerana perintah pergerakan terhad. Jadi, hajat untuk balik ke kampung dan menjenguk mak ayah tidak kesampaian. Alhamdulillah mak dan ayah masih sihat. Mujur abang long bawa mak ayah tinggal sekali sepanjang tempoh berkurung. Lebih mudah untuk diuruskan jika ada sakit dan demam.

Musim panas terik sudah mula berakhir dengan kedatangan peralihan monsun. Hujan lebat mulai turun. Petani insyaAllah akan memulakan sesi menanam padi tidak lama lagi.

Nasib ayam ayam dikampung.

Ayam di kampung terpaksa ditinggalkan dahulu. Hanya harap kepada jiran untuk memberi makan. Dedak ayam kampung memang tersedia dibeli pada cuti hari raya cina yang lepas. Moga ayam ayam dapat bertahan dan masih sihat bila dapat balik ke kampung semula.

Ubi kayu

Ubi kayu yang ditanam di kampung pun rasanya sudah sesuai untuk dituai. Kedatangan musim hujan juga boleh merosakkan ubi kayu. Harap harap dapat dituai.

Ikan ikan dalam kolam

Satu lagi kerisauan ialah ikan yang dibela didalam kolam. Harap sepupu dapat memberi makan kepada ikan didalam kolam. Disamping itu, menambah air didalam kolam jika berkurangan. Saya tidak berkesampatan untuk membuat timer makanan ikan kerana kesuntukan masa. Sebelum ini, timer sudah dipasang, namun jumlah makanan ikan yang dikeluarkan mesin timer makanan ikan tidak betul. Ini menyebabkan terlalu banyak makanan dikeluarkan mesin. Air kolam menjadi busuk dan kotor kerana makanan ikan yang mereput. Harap harap ikan akan dapat bertahan.

Kucing dan tikus

Pada masa ini, rumah dikampung tidak mempunyai kucing. Sejak kucing yang dibela sudah tiada dirumah, tidak ada kucing baru yang bertandang untuk dibela. Usaha mencari kucing baru terjejas kerana mak dan ayah tak ada dirumah. Bila tiada orang yang beri makan, kucing akan berpindah ke tempat lain. Rumah kampung mempunyai banyak juga tikus yang selalu masuk ke dapur dan mengigit wayar dan merosakkan makanan.

Pokok lemak ketam
Pokok lemak ketam yang tumbuh rendang di rumah dipotong kerana hendak memasang bumbung baru. Namun, usaha memasang bumbung baru terbantut kerana perintah kawalan pergerakan menyebabkan atap tidak dapat dibeli dari kedai perkakasan yang tutup. Dahan pokok ditebang dan dipotong lebih kurang sekaki. Keratan yang siap dipotong direndam didalam air. Alhamdulillah keratan ini sudah mula mengeluarkan pucuk. Harap harap dapat menanam lagi pokok lemak ketam dikampung. Musim sekarang sesuai untuk penananam kerana kerap hujan.

Sarang burung

Pada dahan terakhir pokok lemak ketam yang saya hendak tebang, terdapat sarang burung pada dahan pokok yang ditebang. Menyesal rasanya terpaksa tebang pokok untuk projek yang tidak berjaya disiapkan. Didalam sarang tersebut terdapat dua biji telur. Jika menetas kemungkinan saya tidak akan meneruskan hasrat menebang dahan tersebut. Dahan terakhir tersebut sudah tidak memberikan perlindungan kepada induk burung dan anak burung jika dibiarkan.
Walaubagaimanapun, kita berharap semoga wabak covid19 ini akan segera berakhir. Semoga kita patuh dengan arahan arahan dan melakukan penjarakan bagi membendung wabak ini.

Ulasan

  1. Balasan
    1. kampung di Alor Setar Kedah, saya pula kerja di Pulau Pinang,
      tak dapat balik sebab MCO

      Padam
  2. yala. ada tanah kosong tak sblh kebun. dok cari tanah kg pon bkebun. seumor idup dok taman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba usaha dapatkan tanah, antara cara kumpul duit, atau kalau ada tanah lot yang boleh sewa,

      cari yang dekat dekat sikit dengan taman, kalau jauh ni, susah nak berulang tengok kebun

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus