balik kampung 1 April 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini. Minggu ini menjadi pengakhiran bagi bulan mac 2018 dan permulaan bagi bulan April 2018. Ada beberapa projek yang masih tertangguh disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Terdapat beberapa perkara menarik yang dapat dilakukan di kampung. Perubahan musim juga sedang berlaku dikawasan utara. Fasa musim kering dan panas semakin berganti dengan musim hujan.

Kebun pisang

Alhamdulillah kebun pisang masih lagi memberi hasil yang baik. Dua tandan pisang awak dan satu tandan pisang emas dibawa balik. Terdapat  beberapa lagi tandan pisang yang sesuai untuk dituai. InsyaAllah minggu depan akan cuba menuai tandan pisang tersebut. Terdapat juga tandan pisang  yang patah akibat perubahan cuaca dan saiz tandan yang terlalu besar sehingga tidak dapat ditampung oleh batang pokok. Tandan tersebut dibiarkan dahulu kerana masih lagi muda. Pokok pokok yang berpenyakit di tebang supaya kebun pisang nampak lebih kemas. Rumput juga semakin panjang dan perlu dipotong supaya kebun lebih lapang.


Bendi
Benih bendi yang ada disemai dibatas semaian. Harap harap ada hasil dalam beberapa bulan lagi. Cangkul digunakan untuk menggali lubang pada tanah. Kemudian, tiga ke empat biji benih bendi dimasukkan kedalam lubang sebelum di kambus kembali dengan tanah. InsyaAllah minggu depan akan cuba tambah sedikit baja dan tanah hitam supaya benih bendi dapat membesar dengan baik jika benih bercambah.


Buah remia

Sebelum ini hanya membaca buah remia di dalam media sosial. Alhamdulillah kebetulan di pasar kampung berjaya terdapat gerai yang menjual buah remia. Jadi, saya beli sedikit untuk tujuan merasa buah remia. Rasa buah remia yang masih muda adalah masam dan biji didalamnya berwarna ungu. Apabila emak melihat buah remia. Mak bercerita tentang kewujudan buah ini masa mak masih kecil di kawasan Langgar. Sudah berpuluh puluh tahun emak tidak merasa buah ini. Sayang tak sempat nak mengambil gambar buah kerana buah tertinggal di kampung.

Pancing
Alhamdulillah hasil pancing minggu ini, saya dapat memperolehi seekor ikan haruan yang bersaiz sederhana. Sesuai untuk isteri yang baru menjalani pembedahan kecil. Ikan dibawa balik secara hidup hidup ke Pulau Pinang sebelum disiang.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus