balik kampung 8 April 2018

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas. Masa suntuk turun membersih kebun pisang. Jadi, kebanyakan masa digunakan sekitar kawasan rumah sahaja.


Ayam kampung
Alhamdulillah ayam kampung yang dibela ayah semakin membesar. Makanan ayam sudah boleh dicampur dedak dan nasi putih yang tidak habis. Buat masa ini, tiada lagi ayam yang mati akibat penyakit. Disamping itu, terdapat anak ayam kampung yang baru menetas. InsyaAllah akan cuba mendapatkan anak ayam piru untuk ayah supaya masa terisi dan keinginan untuk membela ayam piru akan tertunai setelah anak anak ayam piru yang dibela sebelum ini habis mati. Ayah juga sedang membuat reban ayam baru untuk membela ayam. Walaupun usia sudah lanjut dan tenaga sudah kurang, namun ayah tetap meneruskan usaha membuat reban ayam baru.

Ikan tilapia dan memerang
Kolam ikan tilapia di tepi rumah telah diceroboh oleh memerang. Beberapa ekor ikan telah dimakan oleh memerang. Tidak pasti berapa ekor memerang yang terlibat. Harap harap memerang tidak lagi datang. Ada ikan tilapia yang tidak dimakan habis oleh memerang. Bahagian badan masih elok untuk dijadikan hidangan. Jadi, saya menyiang supaya boleh digoreng untuk makan tengah hari.

Bendi
Semaian bendi minggu lepas telah mula bercambah. Percambahan agak terbantut kerana hujan tidak turun selama beberapa hari. Diharapkan musim hujan akan ditiba awal supaya cambahan bendi akan dapat membesar dengan baik.

Ulasan

  1. Seronoknya kalau dikg ada pelbagai ternakan. Saya ni tak habis berangan nak bela itu ini tp sampai sekarang belum kesampaian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah bila ada masa boleh mula kecil kecilan :)

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus