balik kampung 2 Mei 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu lepas. Cuti hari buruh ini menyaksikan lebuh raya utara selatan penuh dengan kenderaan. Jadi, jalan biasa digunakan untuk balik ke Alor Setar selepas keluar daripada tol Sungai Petani Utara. Perjalanan diteruskan melalui Merbok, Singkir, Yan sebelum sampai ke Alor Setar. Sempat berhenti rehat di Yan untuk makan pasembor di Pasar Yan.

Pagar ayam
Aktiviti dikampung minggu ini tertumpu kepada menyiapkan tiang tiang pagar dibelakang rumah ayah untuk dijadikan kawasan membela ayam. Disamping itu, bumbung bangsal dibelakang rumah juga diganti untuk mengelakkan kayu yang disimpan menjadi basah.



Bersih halaman rumah
Disamping itu, kerja mengumpul daun daun pokok mempelam pauh yang luruh ketanah dihadapan rumah tok. Harap harap banyak hasil mempelam dari pokok yang berumur lebih 40 tahun ini.




Tuaian minggu ini
Alhamdulilah pada balik kali ini beberapa tuaian dapat dilakukan seperti buah mempelam, terung dan rebung. Buah buah mempelam yang masak kebanyakannya akan dimakan ayam jika lambat dikutip. Buah mentega juga sedang mula luruh.

Kacang kelisa
Alhamdulillah, pokok kacang kelisa yang dipindahkan ke kebun kampung minggu lepas masih lagi bertahan. Harap harap akan cepat dapat membesar.

Memancing di kampung
Alhamdulillah dapat seekor ikan haruan lagi pada minggu ini. Cadangan awal untuk memasak pindang bersama ikan haruan yang dipancing pada minggu sebelumnya. Namun, pada pagi hari Isnin ikan sudah mati. Ikan haruan ini rupa rupaya mempunyai banyak telur apabila disiang. Sayang tidak sempat dimasak, hanya dapat dijadikan ikan kering. Ikan haruan yang tinggal disiang dan digoreng sahaja.

InsyaAllah balik kampung pada masa depan akan cuba menyiapkan projek ternak ayam.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus