balik kampung 13 Disember 2015

Alhamdulillah didalam penghujung tahun 2015 ini, masih berkesempatan untuk balik ke kampung. Kekangan kerja semakin berkurangan sedikit. Cuma seminggu dua sahaja lagi perlu fokus menyiapkan kerja kerja utama. Selepas itu, boleh mula bantu ayah di bendang dan kebun kampung.


Minggu ini berkesempatan menjenguk kebun dan memancing sekejap di kampung. Keadaan hujung minggu hujan lebat pada sebelah malam.

Petola ular
Buah petola ular begi cepat menghasilkan buah. Pada minggu lepas, buah hanya sebesar jari telunjung, tetapi pada minggu ini sudah mencapai saiz sekaki dan sedia untuk dituai. Makhluk perosak juga menjadi ancaman kepada buah petola ular dengan menebuk buah yang masak. Bahagian bawah petola akan menjadi lembik dan rosak.

Memancing
Alhamdulillah dapat memancing lagi pada hari minggu ini. Nasib kali ini lebih baik dengan dua ekor ikan haruan berjaya dipancing. Harap harap dapat memancing dengan lebih meriah apabila musim menuai padi tiba nanti.

Ciku
Buah ciku juga sedang lebat berbuah di belakang rumah. Buah begitu banyak sehingga tidak dapat dihabiskan. Buah ciku yang masak menjadi makanan tupai. Manakala buah yang luruh ke tanah menjadi makan ayam.

Terung
Buah terung masih lagi banyak dan tidak sempat untuk dijadikan hidangan. InsyaAllah akan dijadikan sebagai bahan didalam masakan dalca, pasta dan dimakan mentah sebagai ulam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus