perkembangan kebun perumahan minggu lepas, 4 Mei 2015

Alhamdulillah beberapa aktiviti dapat dilakukan di kebun perumahan pada minggu lepas sempena cuti hari wesak yang jatuh pada hari isnin. Walaupun agak keberatan meninggalkan kebun di kampung, namun kebun perumahan juga perlu diberi perhatian supaya kemas.


Diantara perkembangan terbaru:

1. Bersih sangkar arnab
Arnab arnab yang ada di rumah taman sudah diberikan kepada pemilik yang baru. Kekangan masa menyukarkan penjagaan arnab. Tinja arnab yang masih ada dikumpulkan untuk dijadikan kompos.




2. Tomato ceri
Tomato ceri yang banyak berbuah telah lewat dituai. Akibatnya buat menjadi terlalu ranum dan pecah. Buah buah yang rosak dijadikan makanan ikan kaloi yang sedia menanti.

3. Petola bantal/ Petola pulut
Petola bantal akhirnya sudah lekat buah dan sedang membesar. InsyaAllah akan dapat menuai pada hujung minggu ini.

4. Semaian salad
Nampaknya semaian salad tidak bercambah walaupun mengguna medium tanaman yang baik. InsyaAllah akan mencari benih yang lebih sesuai.

5. Anak ikan keli
Terdapat anak ikan keli lagi didalam sistem penapisan air kolam. Nampaknya ikan keli boleh membiak walaupun didalam kolam konkrit. Sebaiknya, kolam tanah disediakan supaya lebih banyak anak ikan keli akan berjaya hidup. InsyaAllah akan cuba pindahkan ikan keli matang ke kolam yang leibh sesuai untuk tujuan pembiakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus