perkembangan kebun perumahan, 18 Julai 2014

Alhamdulillah kebun perumahan nampak kemas sedikit dan memberi hasil ulam ulaman untuk berbuka puasa. Selain itu beberapa perkembangan terbaru

1. Terung telunjuk 
Terung telunjuk mula berbunga dan harap harap akan lekat buah. Daun daun terung pula diserang larva kekabuh. Larva dihapuskan dengan tangan sahaja. Jika larva ini tidak dihapuskan, pokok akan kehilangan semua daun daun.

2. Lobak putih
Lobak putih sudah mula berisi. InsyaAllah boleh dituai untuk sahur hujung minggu ini.

3. Kompos cacing
Kompos cacing kedua sudah mula menunjukkan hasil compos. Banyak cacing yang naik sehingga ke permukaan kompos. Kompos ditutup dengan tudung penutup sampah dan dilapik dengan plastik sampah untuk mengekalkan kelembapan.

4. Ikan keli
Beberapa minggu lepas ikan keli kelihatan seperti mengalami kecederaan pada kulit dan membengkak. Namun selepas beberapa lama, kulit ikan keli sembuh. Nampaknya ikan keli sangat tahan lasak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus