pokok putat masjid zahir




ketika bulan ramadhan yang lepas, sempat juga beriktikaf di masjid zahir. Kedudukan masjid zahir ditepi sungai kedah sesuai dengan sejarah pengangkutan pada masa dahulu.

Kini sungai kedah mengalir lesu kerana kawalan pintu air yang menyekat pergerakan air. Jika mengikut cerita ayah, dahulu sungai kedah mengalir dengan lebih laju terutama ketika air laut pasang penuh.

Dikawasan tepi sungai masih lagi banyak pokok pokok liar yang tumbuh. Diantaranya ialah pokok putat. Daun putat boleh dibuat ulam.

Diseberang sungai kedah terdapat semak samun yang  menjadi tempat burung burung liar bersembunyi. Harap harap kawasan tebing sungai kedah dibiarkan dengan pokok pokok besar dan hijau.

Ulasan

  1. Putat sungai atau putat nasi. Sedap daun jenis ni. Lemak. Selalu jumpa orang jual yang jenis besar daun merah tu.

    BalasPadam
  2. putat nasi rasanya, daunnya warna hijau dan nipis. Putat nasi sedap dimakan dengan nasi sesuai dengan nama :)

    pokok dihujung tebing sungai kedah, kalau ada pucuk baru, boleh ambil dengan mudah dengan tangan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus