balik kampung raya 2016

Alhamdulillah hampir seminggu lebih di kampung. Beberapa kerja kerja kebun telah berjaya dilaksanakan.

Kulat sisir
Hujan pada hari pertama hari raya Aidilfitri dan mendung pada hari kedua menyebabkan banyak kulat sisir yang tumbuh. Kebetulan, pokok mempelam yang tumbang sebulan yang lepas sudah dipotong dan menjadi medium yang sesuai untuk pertumbuhan kulat sisir. InsyaAllah akan cuba menuai lagi kulat sisir bila balik ke kampung.

Kulat sisir yang dituai dibilas dengan air, dibersihkan sebelum dikeringkan seharian. Kemudian pada hari seterusnya, dapatlah merasa masak lemak kulat sisir.



Terung telunjuk
Terung telunjuk terus memberi hasil yang baik. InsyaAllaha akan cuba dibaja semula supaya pertumbuhan pokok lebih baik.

Bersih kampung
Alhamdulillah kebun kampung dibelakang rumah sudah berjaya dibersihkan kira kira 80 peratus. Tinggal sedikit sahaja lagi semak yang perlu dibersihkan. Kebun nampak lebih bersih dan cerah berbanding sebelum dibersihkan. Kerja pembersihan memerlukan hampir empat sesi membersih sebelum kebun nampak lebih bersih.

Kawasan ditepi parit ditanam dengan anak anak pisang. Buah buah kelapa dikumpulkan dan dibawa balik ke rumah untuk kegunaan hari raya dan hari hari seterusnya.





Timun jepun
Pokok timun jepun yang ditanam mula mengeluarkan hasil. Hanya dua pokok timun daripada sepuluh pokok timun yang berjaya mengeluarkan hasil. Ada yang diserang perosak dan terbantut pertumbuhan.

Memancing
Alhamdulillah ada sedikit hasil memancing seperti ikan puyu dan haruan. Ikan yang dipancing disimpan dahulu kerana minggu hari raya lebih tertumpu untuk menikmati juadah ayam dan daging.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus