tanah kosong tepi sungai

kebetulan sungai di tanah kampung baru sahaja di perdalamkan dengan jentera pengorek oleh pihak Mada.
Tanah selut dari dasar sungai dilonggok dan diratakan disepanjang tebing sungai.

Penduduk kampung memang tidak menanam tanaman kekal ditebing sungai kerana tahu kerja mengorek sungai dilakukan secara berkala.

kebiasaannya ditanam dengan tanaman tidak kekal seperti pisang dan ubi kayu. Dalam perancangan, kemungkinan akan menanam ubi kayu sahaja sebab sudah banyak pisang yang ditanam. Penjagaan pun kurang diperlukan. Jadi lebih sesuai dengan masa yang ada dan fokus kepada tanaman padi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus