perkembangan tanaman dalam bekas polisterin

Alhamdulillah tanaman dalam bekas polisterin semakin menunjukkan perkembangan yang baik. Sekarang pokok cabai yang tumbuh sendiri dari sisa dapur sudah mulai berbunga.

Kangkung yang ditanam sebelum ini pula sudah terlalu tua dan membesar sehingga terjuntai keluar dari kotak polisterin.

InsyaAllah akan tambah lagi semaian herba seperti kesom kedalam bekas polisterin.

Terdapat juga benih terung yang tumbuh dari sisa terung yang tidak sempat dimakan. InsyaAllah akan cuba dipindahkan benih terung ke tempat yang lebih baik untuk membesar.

Didalam bekas polisterin juga terdapat perosak lintah bulan yang sudah mulai membiak dan memakan anak benih yang tumbuh. InsyaAllah akan cuba menghapuskan perosak supaya daun daun tidak dimakan perosak.

Bekas polisterin yang terletak diluar disiram setiap dua hari jika perlu.

Bekas polisterin boleh didapati dengan mudah di pasar malam. Kebiasaannya selepas habis pasar malam, bekas polisterin dibuang begitu sahaja. Penggunaan bekas polisterin dapat menjimatkan kos kerana saiz pasu yang sama boleh mencecah RM 15 ke 20 ringgit.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus