balik kampung 10 April 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi minggu ini. Cuaca di Alor Setar berlainan panas dengan bulan sebelum ini. Bulan lepas, cuaca panas tetapi sejuk pada waktu malam. Namun, kini, cuaca siang dan malam tetap panas. Waktu malam tidur kurang selesa kerana suhu sangat panas. Waktu siang pula cuaca cepat menjadi panas dan aktiviti di luar agak terhad.


Terung
Terung di kampung terus mengujakan kerana hasil semakin menjadi jadi. Walaupun terung ada yang masak dipokok. Pokok tetap terus mengeluarkan hasil.  InsyaAllah akan dijadikan bahan masakan nanti. Disamping itu, anak anak pokok terung pipit akan cuba dicantumkan dengan terung panjang. Benih terung panjang akan cuba disemai tidak lama lagi.

Ulam ulaman
InsyaAllah akan cuba menyemai ulam ulaman dan pokok untuk kegunaan dapur di kampung. Lokasi yang dipilih ialah ditepi kolam ditepi parit yang jauh dari kawasan rumah Diantara ulaman yang sesuai seperti sudu itik, selom, serai dan daun pandan.

Projek ternak ayam
InsyaAllah akan memulakan projek ternak ayam dalam masa dua minggu lagi. Jaring akan dibeli dan dipasang. Kerja kerja membuat lubang untuk diletak tiang sudah hampir selesai. Akan memulakan proses ternak ayam. InsyaAllah dapatlah merasa ayam ternak sendiri dibulan ramadhan.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus