Catatan

berbuka puasa di kampung

ramadhan pertama dan kedua tahun ini disambut dikampung, alhamdulillah dapat menjalani ibadat bersama sama ahli keluarga, sepanjang dikampung, hujan turun tidak berhenti henti pagi dan petang,

bendang mei - aug 09

Imej
Bulan Mei 09 Bila padi dah berusia sebulan, baja tambahan ditabur buat kali pertama. Ayah hendak cuba menggunakan mesin penabur, tapi kami masing masing tidak mahir menabur menggunakan mesin. Mesin penabur baja juga cepat tersumbat kerana baja urea menyerap lembapan dalam udara dan menjadi keras didalam saluran penyembur. gambar: cara mengangkat sebegini menyebabkan sakit belakang, lebih elok jika diimbang dibelakang badan Angkut baja ke bendang Baja diangkut menggunakan motosikal, kemudian baja perlu ditanggung untuk dibawa ke petak sawah. Kebiasaannya diantara 13 - 14 guni baja diperlukan untuk 6 relung petak padi. Bulan Jun 09 bulan jun, padi dah mula bunting, kali ini sekali lagi baja ditabur supaya padi nanti berisi. perosak seperti tikus juga perlu dikawal menggunakan racun tikus. kalau tidak banyak padi yang akan rosak nanti. tahun lepas, banyak hasil padi yang dirosakkan tikus. Bulan Julai 2009 Padi sudah hampir masak, ayah banyak melawat petak bendang disebelah petang sa...

Musim buah di Wang Tepus, 13 Julai 2009

Imej
Musim buah di Wang Tepus, 13 Julai 2009 Limau madu yang tumbuh ditepi kolam Petai Banyak buah petai, tapi ayah tak ada galah untuk digunakan mengambil petai Cempedak Banyak buah cempedak yang masak diatas pokok. Ada yang jadi buruk sebab terlampau masak. Mata kucing Ini kali pertama buah mata kucing menjadi Langsat? Rambai? Duku? Pulasan Dokong Dokong kebun abang long belum jadi lagi, tapi kebun sebelah sudah menjadi. Ini gambar dokong di kebun bersebelahan. Hasil semua buah buahan yang dikutip Mak serta isteri saya Aslinda bergambar di kebun berlatarbelakangkan sawah pagi dan bukit bukau. Di kawasan bukit terdapat lotong, kera, mawas, burung helang dan banyak binatang liar lagi.