Catatan

ulam ulaman tenggek burung

Imej
assalamualaikum semua, saya nak perkenalkan ulam tenggek burung, sedap rasa ulam ini, saya beli di pasar semasa bulan puasa dahulu Ulam tenggek burung rangup dan menyelerakan Set lengkap untuk berbuka puasa, Alhamdulillah, moga diberkati rezeki dan dijauhi kami dari api neraka

meracun bendang 19 September 2010

Imej
Tugasan minggu ini ialah meracun bendang untuk memastikan padi angin dihapuskan Ayah tengah memeriksa mesin racun, rosak pula terpaksa balik ke rumah untuk cari spark plug baru Semasa nak balik rumah, terjumpa dengan ikan haruan melompat, dapat juga ditangkap untuk bawa balik ke rumah Bendang untuk diracun, tanah basah basah, tak banyak air

kenduri lepas raya 2010

Imej
kelmarin ada kenduri anak tuk tam di lorong melati, antara menu hidangan yang istimewa ialah acar kismis, petang pula pergi tukar tayar kereta, habis RM 300... tayar kereta dah bengkak sejak seminggu, tapi tak sedar, semasa balik jumaat malam ke kampung sudah tak sedap bawa kereta, akhirnya bila sampai rumah, tayar pancit keesokan paginya

balik kampung merdeka 31 Ogos

Imej
Kali ini balik kampung sebentar sahaja, kerana cuti hanya sehari, bagaimanapun banyak masa dimanafaatkan untuk bertadarus semasa ramadhan ini. Saya juga berkesempatan untuk memancing setelah sekian lama tidak memancing. Haruan pada hari merdeka, alhamdulillah

kenduri Aen di Sekinchan, 24 Julai 2010

Imej
Ada kenduri Aen, anak pak tam di Sekinchan, Selangor pada 24 Julai 2010, ahli ahli keluarga turun dari kedah untuk meramaikan majlis, sebelah malam pula, kami pergi menjamu selera di ikan bakar sungai besar, Anna belanja, Anna menyewa rumah "homestay", Alhamdulilah bersebelahan sahaja dengan surau taman di Sungai Besar, Selangor. Bg Tam dan Kak Ida semua ahli keluarga yang hadir Selepas habis makan dan nak balik Luqman sudah tak larat.. Mak dan cucu cucu mak Key chain kecil beli semasa mesyuarat untuk anak anak saudara, tak cukup nanti cari lagi

durian dan tempoyak

Imej
musim durian di Pulau Pinang selalunya bermula dari awal bulan enam sehingga bulan ogos, mula mula sekali, buah durian kampunglah yang mula sekali ada dipasaran, antara varieti durian kampung yang terkenal ialah durian kucing tidur, susu. Ada yang jenis berasid tinggi dan ada yang manis. SubhanaAllah penciptaan pelbagai jenis varieti durian kampung. Kebiasaannya kami akan membeli lebih sedikit untuk dibuat tempoyak. Buah yang mulai masam di asingkan dari biji dan ditimbuk dan ditambah garam. Biarkan pada suhu bilik sehingga gelembung udara mula terbentuk diantara lapisan tempoyak. Tempoyak sudah siap dan anda boleh simpan didalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.

Motivasi dan ketam masak cabai 10 Jul 10

Imej
Minggu 10 Julai 2010, saya dan linda terlibat motivasi "Anda Bijak Jauhi Zina" di MRSM Kepala Batas, saya sampai selepas program bermula, sempat membeli sedikit ketam semasa singgah dipasar, ketam ketam ini siap disiang dan mengikut saya ke program motivasi, jadi selepas program motivasi kami bergegas pulang kerana ketam perlu dimasak cepat supaya tidak rosak