Catatan

kailan benih tanjung tak tumbuh

kailan benih yang dibeli dari tanjung dahulu lansung tak tumbuh. Tak tahu dimana silapnya. Akan cuba benih kailan yang biasa digunakan.

daun pokok belalai gajah

kak chik bagi dua beg pokok belalai gajah untuk ditanam dirumah. Satu dibawa balik ke Pulau Pinang. Daun pokok belalai gajah dikatakan boleh mengubat kanser. Daun boleh digunakan sebagai ulam atau masukkan dalam salad.

balik kampung 13 November 2012

Imej
balik kampung dua minggu yang lepas, singgah di kenduri Yati anak Bang Long Din dan balik semula ke Pulau Pinang sebelah malam, tak sempat ke kenduri Pak Cik Jamaluddin, Mak Cik Solehah sebab berada di Indonesia pada hujung minggu.

azam tahun depan: bantu ayah tanam padi

tahun ini sangat sibuk, tak dapat membantu ayah menguruskan penanaman padi. Ingat nak cuba penanaman padi secara separa organik di tanah sawah tiga relung, tengok hasilnya macammana. Perlu sedikit kos untuk mengupah orang menyulam padi. Sekarang penanaman padi banyak menggunakan racun. Racun cap tengkorak utk siput gondang dan tikus. Racun sambau dan lain lain lagi. Kitaran penanaman padi secara tabur terus pula menggangu kitaran biasa penanaman padi. Kebiasaannya sawah padi digenangi air selepas hari hujan. Maka ikan pun mula mudik masuk kesawah dan kekal didalamnya. Penanaman padi secara tabur terus memerlukan air sawah dikeringkan untuk ditabur. Ini menyebabkan air didalam sawah berkurangan dan ikan terkandas. Kemudian diracun untuk memastikan anak rumpai tidak tumbuh. Banyak ikan yang mati akibat aktiviti ini. Kita juga boleh dapati banyak ikan yang mudik untuk bertelur dalam petak sawah yang mati akibat sisa baki racun. Harap konsep pertanian yang lebih mesra alam dapat dig...

terung belanda riau

Imej
pertama kali melihat buah terung belanda di Riau terung belanda dalam bermacam macam warna Menurut rakan disana, buah ini dijadikan jus, dicampur dengan buah buah lain yang lebih manis. disana juga popular dengan produk daripada buah durian seperti lempuk durian.

ulaman di riau, terung telunjuk, timun dan basil

Imej
baru balik dari riau Alhamdulillah dapat melihat penggunaan terung telunjuk sebagai ulam di Sumatera. ulaman segar dimakan bersama sambal Dapat juga melawat sebuah kawasan penanaman terung telunjuk di Sumatera Barat, disebuah perkampungan jauh dari kota. Tapi tak sempat tangkap gambar. Walaupun jauh dari kota, penduduk kampung maju dalam pertanian tradisi, malah melakukan sistem perladangan integrasi ( penternakan ayam, penternakan ikan, penanaman sayur ) InsyaAllah akan letakkan beberapa gambar lagi gambar dari Riau mengenai tanaman.

jalan jalan tengok kebun: hujan emas kebun orang

Imej
semalam sempat berjalan jalan, disamping menjalankan tugasan yang diberikan. Sempat juga melihat perkembangan kebun kebun tetangga yang dilawati. Kobis bunga Kobis bunga yang ditanam dalam pasu. Pandai tuan rumah menanam kobis bunga. Thai basil Thai basil yang tumbuh subur dikawasa yang redup, dalam kolah air yang diguna semula. Daun kaduk Daun kaduk yang menghasilkan buah, pertama kali melihat bahagian yang berbuah. dan bermacam macam lagi tanaman. InsyaAllah gambar akan dimuat kemudian kerana kesuntukan masa. Lain lain Rasanya pokok sengkuang pokok limau bali milik seorang warga emas