azam tahun depan: bantu ayah tanam padi

tahun ini sangat sibuk, tak dapat membantu ayah menguruskan penanaman padi. Ingat nak cuba penanaman padi secara separa organik di tanah sawah tiga relung, tengok hasilnya macammana. Perlu sedikit kos untuk mengupah orang menyulam padi.

Sekarang penanaman padi banyak menggunakan racun. Racun cap tengkorak utk siput gondang dan tikus. Racun sambau dan lain lain lagi.

Kitaran penanaman padi secara tabur terus pula menggangu kitaran biasa penanaman padi. Kebiasaannya sawah padi digenangi air selepas hari hujan. Maka ikan pun mula mudik masuk kesawah dan kekal didalamnya. Penanaman padi secara tabur terus memerlukan air sawah dikeringkan untuk ditabur. Ini menyebabkan air didalam sawah berkurangan dan ikan terkandas. Kemudian diracun untuk memastikan anak rumpai tidak tumbuh. Banyak ikan yang mati akibat aktiviti ini.

Kita juga boleh dapati banyak ikan yang mudik untuk bertelur dalam petak sawah yang mati akibat sisa baki racun. Harap konsep pertanian yang lebih mesra alam dapat digunakan insyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus