Catatan

buah nam nam

Imej
buah nam nam mempunyai rasa masam manis. Buah boleh dipetik semasa masih keras dan dibiarkan masak. Buah mempunyai rasa masam manis. Kalau ada kuah rojak memang kena dengan buah ini. buah nam nam, sedap dimakan bersama kuah rojak Di Pulau Pinang, buah ini boleh diperolehi di Balik Pulau. Tanaman diusahakan secara kecil kecilan.  Ayah tanam pokok ini bertahun tahun sebelum ianya mula mengeluarkan buah. Pokok ini tahan banjir yang selalu terjadi di kampung.

anak ikan keli dalam sistem penapis

Imej
anak ikan keli sekecil dua inci dijumpai dalam bekas sebelah kiri sistem penapis semalam semasa memerhati ikan ikan keli didalam kolam, ternampak seekor anak ikan keli didalam sistem penapis. Agak terkejut kerana sudah lama tidak membeli anak ikan keli. Tak pasti bagaimana ada anak ikan keli didalam sistem penapis. Kali terakhir membeli anak ikan keli ialah tiga bulan lalu. Saiz pun sudah menjangkau sejengkal. Sedangkan anak ikan keli didalam sistem penapis baru dua inci sahaja. Jangkaannya ialah ikan ikan keli yang matang didalam kolam simen berjaya menghasilkan ditelur dan disenyawakan. Kemudian anak ikan keli yang berjaya menetas telah disedut sistem pam ke dalam sistem penapisan. InsyaAllah akan membeli sedikit cacing halus untuk menjadi makanan anak ikan keli tunggal ini.

bunga telang tepi laut

Imej
kebetulan ada program di padang kota, di sebelah gerai gerai yang menjual makanan laut terdapat titi ke kawasan terbuka. bunga telang yang tumbuh ditepi laut bunga telang yang mekar ( ada kota rokok yang dibuang  di belakang ) Disana terdapat pokok bunga telang yang liar tumbuh subur. Jika ada yang melawat mungkin boleh mengutip bunga telang disana. 

kohlrabi mula berisi

Imej
kohlrabi mula berisi dan sedikit gemuk, cuma sayang tak dapat letakkan diluar lagi untuk mendapat cahaya matahari yang sepenuhnya. Ini untuk mengelakkan kohlrabi kekeringan jika tidak ada hujan diluar sana. Tak sempat menguruskan sesi siram pokok kerana kesibukan tugas. umbisi kohlrabi semakin berisi

bunga lobak putih

Imej
lobak putih yang ditanam sudahpun mula berbunga. Umbisi tidak dapat dituai kerana sudah keras. InsyaAllah akan tanam lobak putih didalam bekas bulat pula. Satu bonus jika bunga ini menjadi biji benih :)

benih baru bendi emas tersedia

Imej
bendi emas yang ditanam dahulu disimpan beberapa buah untuk tujuan dijadikan benih. menarik penanaman bendi ini kerana tidak begitu tinggi dan sesuai ditanam dalam pasu. Saat awal penanaman kritikal untuk pertumbuhan pokok bendi. Jika tidak pokok akan terbantut dan kecil. Tips: 1. semai di tempat teduh sebiji satu lubang. 2. apabila sudah semakin membesar, letakkan ditempat terang dan banyakkan baja. Boleh cuba baja organik :) pod mengandungi benih bendi semakin kering dan merekah dua pod disimpan untuk dijadikan benih

pod benih kangkung

Imej
Alhamdulillah, kangkung yang ditanam menghasilkan benih. Benih akan kering ditangkal, pokok, kemudian patah dan jatuh ke tanah. benih kankung yang dikutip dan sedia disemai semula. benih yang tumbuh apabila mendapat tanah. Seeloknya, pod benih kangkung dipecahkan. Jika tidak jadi seperti benih sebelah kanan Benih kangkung lasak dan cepat bercambah.