anak ikan keli dalam sistem penapis

anak ikan keli sekecil dua inci dijumpai dalam bekas sebelah kiri sistem penapis

semalam semasa memerhati ikan ikan keli didalam kolam, ternampak seekor anak ikan keli didalam sistem penapis. Agak terkejut kerana sudah lama tidak membeli anak ikan keli. Tak pasti bagaimana ada anak ikan keli didalam sistem penapis.

Kali terakhir membeli anak ikan keli ialah tiga bulan lalu. Saiz pun sudah menjangkau sejengkal. Sedangkan anak ikan keli didalam sistem penapis baru dua inci sahaja.

Jangkaannya ialah ikan ikan keli yang matang didalam kolam simen berjaya menghasilkan ditelur dan disenyawakan. Kemudian anak ikan keli yang berjaya menetas telah disedut sistem pam ke dalam sistem penapisan.

InsyaAllah akan membeli sedikit cacing halus untuk menjadi makanan anak ikan keli tunggal ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus