Majalah flavours bulan ini mempunyai artikel menarik tentang pertanian organik. Diantaranya ialah topik pertanian organik skala besar, ayam organik DQ chicken dan sawah organik. Teringin nk tukarkan sawah tiga relung di kampung sebagai sawah organik. Perlu difikirkan kos dan bagaimana menjana keuntungan berbanding sawah intensif.
Minggu lepas berpeluang ke balik pulau meninjau pekan balik pulau, pekan yg masih membangun dan kaya dengan suasana kampung. Perusahaan memproses buah pala masih dijalankan. Buah pala di belah. Kulit luar direbus dan dijadikan jus. Bahagian dalam pula dijemur.
Beberapa hari tidak menjenguk sawi. Terkejut melihat sawi layu kekurangan air. Harapan untuk menuai sawi terkubur. Namun tiada masa untuk bersedih kerana perlu ketempat lain dan ada urusan lain. InsyaAllah akan menyemai benih baru.
beginilah rupa sawi orang sibuk, sampai sudah berbunga, namun apakan daya belum sempat untuk dituai kerena sibuk. sawi yang sudah besar,tapi terlalu sibuk untuk dituai harap harap tiada siput siput yang meratah dulu dan masih segar kerana seminggu tidak disiram. Hanya mengharap air hujan.
buah terung pendek yang dibiarkan masak untuk dijadikan benih sudah merekah. Kelihatan biji biji benih terung. Tempoh buah terung untuk masak memakan masa lebih kurang dua bulan. InsyaAllah akan menyemai biji benih ini untuk ditanam di kampung. biji biji benih dari terung yang masak
Alhamdulillah minggu ini dapat meluangkan masa di kebun kampung. Tanah yang ayah teroka di hujung kampung sudah bersih dan mengeluarkan hasil. Tanaman pisang sudah pun mengeluarkan buah. Alhamdulillah dapat di tuai enam tandan pisang awak yang dijual di kedai. Dapat jugalah sedikit duit untuk tampung belanja ayah nak membeli barang barang keperluan dan barang kebun. Disebabkan kebun ini terletak ditepi jalan sahaja, buah pisang mesti selalu diperhati untuk mengelakkan daripada dikebas orang. Tanah kampung ini nampaknya sangat subur mungkin hasil dari baja pokok pokok besar yang ayah bakar musim kering yang lalu. InsyaAllah akan ambil kesempatan ini untuk menyemai anak anak pokok cabai di antara perenggan perenggan pokok pisang. Pokok Mertajam Satu pohon yang lama sudah tidak lihat ialah pokok mertajam. Pokok ini terselamat daripada ditebang ayah. Dulu dulu ada sebatang sebesar pemeluk di tanah belakang rumah. Tapi sudah lama ayah tebang mungkin disebabkan kurang kegunaan. Lab...