Catatan

terung bulat dari kampung

Imej
Alhamdulillah sempat balik ke kampung untuk melawat mak dan ayah di kampung. Banyak lagi kerja dikampung yang belum dibuat. Batas sawah hendak ditebas dan jerami hendak dikumpul. Cuaca sekarang yang mendung menyebabkan aktiviti membersih sawah dihentikan dahulu. Jadi masa untuk melawat sanak saudara dan berkongsi perkembangan terkini. Mak kirimkan buah terung bulat yang ditanam adik beradik di hilir kampung. InsyaAllah akan dijadikan juadah ulam sementara masih segar. Buah terung dihiris menjadi kepingan kecil dan dimakan dengan sambal belacan ataupun sos ikan. Hidangan biasa yang didapati bila memancing berhari hari ditengah laut.

Pasu pasu sayur direhatkan

Imej
Disebabkan keadaan cuaca yang panas dan kering luar biasa ketika ini, pasu pasu sayur di pindah ke kawasan berbumbung. Banyak sayur yang tidak sempat dituai dan layu setelah tidak sempat disiram dua hari. sayur sayur dan rumpai ditempatkan di tempat teduh

bunga cekur hitam

Imej
Cekur hitam ini sudah lama dibeli bersama cekur biasa. Benih ini dibeli dari pasar malam. Cekur hitam berbunga diawal pagi dan mula layu menjelang tengah hari. Setakat ini belum pernah dituai. Cekur hitam nampaknya lebih subur. Sesuai untuk ditanaman dikawasan redup.

sejenis buah asam di taman rimba

Imej
semasa berkhemah di taman rimba teluk bahang, ada sejenis pokok asam yang tumbuh di kawasan perkhemahan. buah seakan akan asam gelugor tetapi kulit licin. Rasanya sangat masam dan bergetah. Ramai yang mencuba Alhamdulillah tiada kesan sampingan.

tuaian daun kaduk

Imej
daun kaduk sudah lama tidak dituai. InsyaAllah akan dibuat sebagai ulam. Ranting kaduk yang sudah tua dipatahkan dan diberi kepada ikan kaloi. Ikan kaloi suka juga daun kaduk. Kalau ada ranting yang rendah dan berdekatan dengan tepi kolam memang selalu dimakan ikan kaloi.

bunga kailan

Imej
kailan yang tidak sempat dituai sudah mula berbunga. Kesibukan hujung minggu tidak mengizinkan kailan dituai. Jika ada tetamu yang datang boleh juga diberi sebagai buah tangan. nampaknya perlu segera tuai kailan lain yang masih belum berbunga

tuaian hujung minggu, sawi dan terung

Imej
Alhamdulillah sempat menuai sawi yang sudah besar dan juga terung. Ada terung yang rosak kemungkinan disebabkan oleh faktor cuaca yang lembap dan tiba tiba panas terik. Masih ada banyak sayur yang belum sempat dituai.