terung bulat dari kampung

Alhamdulillah sempat balik ke kampung untuk melawat mak dan ayah di kampung.

Banyak lagi kerja dikampung yang belum dibuat. Batas sawah hendak ditebas dan jerami hendak dikumpul.

Cuaca sekarang yang mendung menyebabkan aktiviti membersih sawah dihentikan dahulu. Jadi masa untuk melawat sanak saudara dan berkongsi perkembangan terkini.



Mak kirimkan buah terung bulat yang ditanam adik beradik di hilir kampung. InsyaAllah akan dijadikan juadah ulam sementara masih segar. Buah terung dihiris menjadi kepingan kecil dan dimakan dengan sambal belacan ataupun sos ikan.

Hidangan biasa yang didapati bila memancing berhari hari ditengah laut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus