Catatan

petola bantal belakang rumah, akhir jan 2014

Imej
Alhamdulillah petola bantal sudah pun membesar dan boleh dituai. Sudah ada tiga buah petola bantal. Dua buah pertama hanya bersaiz sejengkal. Buah seterusnya lebih panjang. InsyaAllah akan menuai buah yang besar dan tinggalkan buah yang kecil sebagai benih. Kawasan belakang rumah kurang mendapat cahaya matahari Tali nilon tebal digunakan sebagai tempat petola memanjat untuk sampai ke bahagian bumbung. Pokok akan dipangkas sedikit kerana sudah masuk bumbung rumah jiran.

perancangan balik kampung raya cina 2014

insyaAllah jika ada rezeki dan dapat balik kampung, beberapa perancangan sudah dibuat perhimpunan keluarga di kampung lembah, asun perhimpunan keluarga yang sudah lama tidak diadakan. InsyaAllah akan ada pelbagai aktiviti menarik untuk mengeratkan silaturrahim bawa balik pancang buluh Pokok pokok yang menjalar di taman perumahan memerlukan pancang. buluh cina dan juga buluh biasa boleh digunakan sebagai panjang. baiki reban ayam reban ayam akan dibaiki, jika ada kesempatan akan cuba cari benih anak ayam dari penaga. semai benih timun varieti mini, labu, selasih thai insyaAllah akan semai beberapa jenis benih untuk mewujudkan laman sayur dan herba di kawasan perumahan.

perkembangan kebun, tatsoi, timun white wonder dan pak choi

Imej
Alhamdulillah kebun kawasan perumahan masih ada sedikit hasil, Tat soi hanya satu yang mencapai saiz yang membanggakan, peratus cambahan agak kurang, agak lama juga baru mencapai saiz ini. Timun rupa rupanya mengeluarkan bunga jantan dahulu. Bunga betina belum keluar. Pokok secara keseluruhan nampak subur. Anak semaian pak choi pula semakin galak tumbuh. Jenis ini agak tahan cuaca panas apabila besar nanti. Disiram dengan air dari sistem penapisan kolam ikan sebagai baja dan juga ditabur dengan baja kompos cacing. Selain itu, benih kangkung benih kongsi tanamsendiri.com batch baru masih ada, jadi cepat cepat ditabur dan dilapis sedikit tanah dan siram sebelum pergi kerja. Biji benih maman juga dicuba dalam satu bekas lain. InsyaAllah jika ada rezeki dapat merasa jeruk maman.

rumpai laut sebagai baja

Ada tempat berdekatan dengan pantai tumpuan ramai yang selalu terdapat rumpai laut yang terdampar ketika air surut. Rupa rumpai laut ini seperti koay teow hijau. Jika ada gambar saya akan tunjukkan. Setelah mengetahui terdapat kegunaan rumpai laut sebagai baja. InsyaAllah akan cuba kutip rumpai laut dan dijadikan sebagai bahan sungkupan. Terdapat juga baja rumpai laut yang dijual di kedai pertanian. Ada juga yang dijadikan sebagai baja untuk tanaman padi.

kacang panjang di kampung sedia dituai

Alhamdulillah bila telefon mak di kampung, kacang panjang yang nampak tiada harapan sebelumnya berjaya mengeluarkan sedikit hasil. Mirza anak saudara yang tolong pindahkan anak kacang panjang dari bekas semaian ke tepi pagar belakang rumah. Mak tunggu cucu mak balik dan suruh Mirza tuai sendiri kacang panjang. InsyAllah akan menanam lagi kacang panjang dari beberapa varieti. Dalam kesibukan hendak ke kerja hari ini, sempat menyemai biji benih bendi. Harap harap masih sedia untuk tumbuh. Semaian semula sawi juga dibuat, harap harap masih boleh tumbuh insyaAllah.

timun white wonder mula berbunga dan perancangan hujung minggu

Alhamdulillah timun white wonder mula berbunga. Pokoknya tidak setinggi mana, hanya baru dua kaki. Mungkin kerana varieti ini datang dari tempat musim sejuk.Tidak pasti samaada bunga ini akan menghasilkan buah atau tidak. Didalam keadaan sekarang yang panas terik dan sejuk diwaktu malam, pokok dipastikan menerima siraman pada waktu pagi. Baja dan kompos ditambah untuk memastikan pokok mendapat bekalan nutrien yang cukup. Semaiaan awal ke pasu penting bagi memastikan akar cepat terbentuk. Beberapa pokok yang lewat disemai masih lagi kecil dan batang sebesar lidi sahaja. Jika ada rezeki dapatlah merasa timun. InsyaAllah akan menyemai beberapa varieti timun lagi seperti timun mini. InsyaAllah jika ada rezeki akan melawat gunung jerai ahad ini bersama mak, ayah dan keluarga kak chik. 

semaian peria dan sawi Januari 2014

Alhamdulillah sempat menyemai peria dan sawi semalam. Harap dapat tumbuh dan menghasilkan buah dan sayur. Benih lobak putih nampaknya sudah lama dan tidak bercambah lagi. InsyaAllah akan dibeli benih baru. Jika berhasil lobak putih akan dibuat inti popia basah.