timun white wonder mula berbunga dan perancangan hujung minggu

Alhamdulillah timun white wonder mula berbunga. Pokoknya tidak setinggi mana, hanya baru dua kaki. Mungkin kerana varieti ini datang dari tempat musim sejuk.Tidak pasti samaada bunga ini akan menghasilkan buah atau tidak. Didalam keadaan sekarang yang panas terik dan sejuk diwaktu malam, pokok dipastikan menerima siraman pada waktu pagi.

Baja dan kompos ditambah untuk memastikan pokok mendapat bekalan nutrien yang cukup.

Semaiaan awal ke pasu penting bagi memastikan akar cepat terbentuk. Beberapa pokok yang lewat disemai masih lagi kecil dan batang sebesar lidi sahaja. Jika ada rezeki dapatlah merasa timun. InsyaAllah akan menyemai beberapa varieti timun lagi seperti timun mini.

InsyaAllah jika ada rezeki akan melawat gunung jerai ahad ini bersama mak, ayah dan keluarga kak chik. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus