Catatan

tanaman vertikal untuk kawasan perumahan

InsyaAllah akan mencuba kaedah tanaman vertikal untuk kebun perumahan. Selain jimat ruang, banyak sayur yang dapat ditanaman nanti. Teknik pengairan automatik juga akan dicuba untuk mengurangkan masa menyiram dan memastikan tanaman sentiasa mendapat air terutama di musim kering yang akan tiba januari nanti. Sebelum memulakan penanaman, benih benih sayur akan disemai dahulu. Jika boleh semaian benih disemai didalam bekas semaian.

cabaran menanam cili tahun 2015

InsyaAllah untuk tahun 2015 akan dijadikan tahun untuk menanam pelbagai vareiti cili. Permasalahan dan perkembangan akan dikongsi. Setakat ini cita cita menanam pelbagai jenis cili masih belum berhasil. Ada benih yang tidak bercambah, ada yang diserang penyakit. Teknik penanaman organik akan digunakan. Tiada racun perosak berbahaya akan digunakan. Mak dan tuk timah rasanya lebih berjaya dalam menanam cabai kampung. Pokok yang terhasil berbuah lebat dan tahan penyakit. Benih benih baru sudah ditempah dan vareiti baru akan dibeli.

perkembangan kebun perumahan 24 November 2014

Imej
Alhamdulilah sedikit perkembangan kebun perumahan. Sekarang cuaca agak tidak menentu walaupun kebanyakan hari hujan, terdapat beberapa hari yang sangat panas terik dan tiada hujan. Kesannya, pokok terung dan ulam raja menjadi lalu. Daun pokok terung banyak yang gugur. Diantara perkembangan lain minggu ini 1. Semaian cabai solok siam Cubaan menyemai cabai solok siam, harap harap akan tumbuh 2. Timun panjang armenian Timun panjang armenian dicuba dan semakin membesar. Harap harap dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca tropika. 3. Zucchini Zucchini nampaknya semakin membesar dan sudah hampir mengeluarkan bunga jantan. Bagaimanapun, ada pokok yang masih belum membesar dengan baik. 4. Petola bantal Petola bantal sudah mengeluarkan bunga jantan dan betina. Harap harap bunga betina akan didebunga insyaAllah. 5. Terung mini belang siam Anak Terung mini belang siam sebanyak 100 pokok sedia untuk ditanam, disedekah atau dijual 6. Tomato mini Tomato mini sebanyak le...

banjir di kampung

keadaaan banjir di kampung nampaknya tidak dapat dielakkan lagi. Air sudah memasuki bahagian belakang rumah. Mak dan Ayah di kampung sudah mula mengemas barang barang di bahagian dapur. Harap dapat balik juga ke kampung dan eadaan banjir tidak akan lama kerana padi sudah ditanam dan sedang membesar. Pokok pokok labu, petola bantal, terung dan lain lain kemungkinan tidak dapat diselamatkan. InsyaAllah bila banjir surut nanti, akan memulakan penanaman yang baru.

balik kampung dan kemas kebun perumahan akhir November 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu lepas. Cuaca hujan lebat sebelah petang sehingga berlaku banjir kilat di beberapa tempat. Kebun di kampung sekarang lebih kemas kerana ayah sudah mencabut rumput rumput yang tumbuh. Pokok labu nampak lebih subur. Pokok terung yang kurang productif akan cuba dibaja. Jika masih tidak produktif, kemungkinan akan diganti dengan benih yang baru. Petola bantal di kampung juga masih belum dituai, saiz buah ternyata lebih besar dan panjang berbanding buah di kebun perumahan. InsyaAllah akan membina batas sayur untuk tujuan penanaman sayuran jenis daun. Buah markisa pula tidak begitu produktif. InsyaAllah akan cuba diberi baja supaya lebih banyak bunga dan buah terhasil.

tuaian petola bantal, 19 November 2014

Alhamdulillah dapat menuai beberapa petola bantal di belakang rumah. Pucuk petola bantal sudah mula meniti wayar telefon ke rumah jiran lagi. Jika dibiarkan, kemungkinan buah akan membesar dan wayar telefon menjadi berat dan penyambung boleh putus. Buah buah dituai menggunakan galah yang dipasang dengan pisau pada bahagian hujung galah. Buah buah yang dituai jatuh keatas jalan dan pecah. Ini tidak menjadi masalah kerana buah akan digunakan untuk kegunaa sendiri. InsyaAllah akan cari cara lebih baik untuk menuai petola petola bantal. Buat masa ini, tuaian kali ini masih belum sempat untuk dijadikan hidangan dan disimpan didalam peti sejuk. Petola bantal dihadapan rumah juga sudah sedia untuk berbunga. Pokok dihadapan rumah sedang mencari ruang ruang tinggi untuk melepaskan pucuk dan bunga. Jadi pucuk pucuk baru, dihalakan ke satu tiang lampu. Apabila pokok petola bantal merasa ketinggian yang dicapai sudah sesuai. InsyaAllah bunga dan buah akan terhasil.

balik kampung 17 November 2014

Alhamdulillah dapat balik kampung minggu ini dalam jadual yang padat. Kali ini balik ke rumah tuk timah dahulu sebelum ziarah rumah mak. Antara aktiviti kali ini: Cabai kampung dan daun laksa Cabai kampung tuk timah dituai kali ini. Hampir segenggam cabai kampung dibawa balik ke Pulau Pinang. Cabai kampung ini kurang pedas, jadi sesuai untuk dijadikan cabai kicap untuk dimakan bersama nasi dan sup. InsyaAllah akan bawa balik bersama beberapa minggu depan anak benih pandan yang baru kerana benih yang dibawa balik sebelum ini tidak berjaya hidup Tambun tanah Ayah dikampung pula sibuk menambun tanah di reban ayam yang lama. InsyaAllah akan bantu ayah lagi untuk kerja menambun tanah. Mungkin kali ini, burung puyuh pula boleh dibela sebagai alternatif.